Jumlah Pengunjung

Sunday, 23 June 2013

POLIS SEDANG GIAT MENCARI KUMPULAN YANG MEMUKUL PEGAWAI DBKL !!!




Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah.

"Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat yang pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa.










1 comment:

  1. Assalamualaikum admin dan semua pembaca,

    Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Kerjasama anda membantu Produk Muslim sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

    ReplyDelete

Member BSK