Jumlah Pengunjung

Thursday, 31 January 2013

Dimana Islam PAS Sebenarnya !!!



Tindakan Majlis Syura Ulama Pas memecat Nasharudin Mat Isa tanpa memberi peluang bagi beliau membela diri membuktikan betapa tidak Islamiknya parti itu dalam amalan dan tindak-tanduk mereka.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Islam mewajibkan penganutnya memberi peluang kepada mana-mana pihak membela diri, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan kepada tertuduh.
“Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik?
“Ini bukan kali pertama Pas bertindak demikian, dalam kes pemecatan tokoh pimpinan Pas, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muka hadapan Utusan Malaysia semalam melaporkan Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Zulkifli khuatir, tindakan kontroversi berkenaan akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Islam yang melihat seolah-olah ajaran agama tersebut membenarkan perbuatan Pas itu.





No comments:

Post a comment

Member BSK