Jumlah Pengunjung

Thursday, 31 January 2013

Guan Eng Nyaris Di Tumbuk !!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus diasak memberi penjelasan berkenaan tindakan beliau yang masih gagal menyerahkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menegaskan, tindakan Guan Eng yang gagal menyerahkan keputusan pemilihan CEC walaupun sudah 40 hari berlalu, dilihat mengundang lebih banyak keraguan.
"Bukan sahaja ahli akar umbi DAP, malah seluruh rakyat menunggu jawapan beliau berhubung perkara ini. Guan Eng selaku pemimpin tertinggi dalam parti harus tampil memberi penjelasan dan bukannya berdiam diri. Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan terdapat kesangsian dalam keputusan pemilihan CEC," katanya.
Semalam, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham menggesa Guan Eng bertanggungjawab dan menjelaskan kepada semua ahli parti berkenaan mengapa selepas 40 hari, beliau masih belum menyerahkan keputusan pemilihan CEC kepada ROS untuk pengesahan.
Katanya, perkara itu menunjukkan sikap angkuh dan sombong Guan Eng yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Tuan Tat juga mengkritik Guan Eng sebagai 'cakap tak serupa bikin' apabila kerap mempertikaikan ketelusan namun gagal menterjemahkan aspek tersebut di dalam pemilihan CEC partinya sendiri.
"Sebagai seorang yang sentiasa bercakap tentang integriti dan ketelusan, Guan Eng harus berani memikul beban dan bukannya berdiam diri. Saya percaya tindakan David adalah wajar dan beliau adalah seorang yang intelek dan faham dengan keadaan politik," katanya.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman turut berpandangan sama dalam isu tersebut.
"Bagi saya mungkin ada fakta cuba disembunyikan kerana khuatir ROS ada sebab untuk mengambil tindakan ke atas DAP. Parti itu memang pakar dalam hal macam ini," dakwa beliau.







No comments:

Post a comment

Member BSK