Jumlah Pengunjung

Wednesday 30 January 2013

Seorang Lagi Pemimpin PAS Bakal Di Pecat Kerana Pendirian ISLAM Sebenar !!!



Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.


Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.



Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.



"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.



Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu DatukSeri Ahmad Said.



Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.



Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.



Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.



Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut?



Langkah Mematahkan Karier Politik Nasha



Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata keputusan Majlis Syura Ulama itu juga membuktikan bahawa PAS menolak amalan untuk berbaik-baik dengan kalangan yang tidak sealiran dengan mereka.



"Bagi PAS, berbuat-buat baik dengan musuh politik bukanlah satu etika yang baik.



"Digambarkan bahawa ahli-ahli PAS tidak boleh berbaik-baik atau berkawan dengan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka...ini seolah-olah menjadi prinsip PAS dari dahulu lagi," katanya.



Sementara itu Ahmad Atory menjangkakan bahawa masa depan Nasharudin dalam politik bersama PAS sudah tertutup berdasarkan perkembangan terbaru termasuk tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.



No comments:

Post a Comment

Member BSK