Jumlah Pengunjung

Sunday, 27 January 2013

PAS bakal berpecah dua !!!




Penyokong Harun Din sudah mula bangkit. Mereka nampaknya dah letakkan banner di beberapa kawasan antaranya Bandar Baru Bangi dan Sg Besi. Orang PAS yang sudah tidak sehaluan dengan pendirian Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berkenaan penggunaan Kalimah Allah nampaknya akan menolak Pakatan. Sumber gambar ambil kat SINI 


Menurut sumber Shah Alam Rebels, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.


No comments:

Post a comment

Member BSK