Jumlah Pengunjung

Monday, 28 January 2013

Maulidur Rasul Kelantan, Apa Yang Nik Aziz Buat Ni !!!



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok, melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan Pas Kelantan yang didakwa gagal menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul seperti mengadakan perarakan bagi menarik minat golongan muda di negeri ini menghayati perjuangan Rasulullah SAW.
Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz mendakwa, situasi sambutan Maulidur Rasul di negeri ini amat berbeza dengan negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang yang mengadakan perarakan ketika menyambut hari kelahiran pemimpin agung itu membabitkan ribuan orang.
Beliau mendakwa, aktiviti berarak mempunyai nilai tinggi sebagai gerakan dakwah bagi mengajak golongan muda menghayati sirah kebesaran pemimpin agung umat Islam itu.
"Kita tidak nafikan sambutan yang dibuat kerajaan negeri, tetapi dalam menegakkan syiar Islam terutamanya dalam kalangan golongan muda, ia kurang berkesan," katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.






No comments:

Post a comment

Member BSK