Jumlah Pengunjung

Thursday, 20 September 2012

Cat Farish dilantik Duta YBU

IPOH -  Sikap keprihatinan dan kesedaran sosial yang ada pada penyanyi, Cat Farish mendorong  Yayasan Bina Upaya  (YBU) memilih beliau sebagai Duta pertama YBU dengan harapan mampu menarik minat generasi baru menggembleng tenaga mencapai matlamat yang diharapkan.

Cat Farish ketika ditemui mengakui berbesar hati dengan pemilihan dirinya sebagai duta.

“Kepercayaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan saya sia-siakan bagi menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan keprihatinan dan sokongan.

“Saya mahu generasi muda-mudi hari ini tampil mengerahkan tenaga untuk bersama-sama ke arah yang lebih produktif. Penyertaan  sebagai sukarelawan YBU dari semua golongan ini akan dapat memperkemaskan lagi semua aktiviti yang akan dijalankan,” katanya.

Buat masa ini, beliau telah mencadangkan beberapa  inisiatif  kepada pihak pengurusan YBU  untuk tujuan memantapkan lagi usaha promosi.

Antaranya menyiarkan di  saluran 1Malaysia TV yang merupakan saluran televisyen online yang hanya boleh dilayari melalui internet, setiap aktiviti yang dijalankan bersama YBU.

“Sebagai Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia TV, saya menawarkan sesi penggambaran  slot video selama 15 minit untuk semua  aktiviti  yang melibatkan YBU. Saya menamakan slot ini sebagai ‘Kami Kesah’  yang menumpukan kepada  masyarakat keterbawahan yang disasarkan YBU,” katanya.

Beliau yakin, YBU mampumenjadi satu organisasi yang berwibawa dan membina upaya masyarakat keterbawahan tanpa merentasi batasan agama, kaum dan latar belakang.

No comments:

Post a comment

Member BSK