Jumlah Pengunjung

Sunday, 16 September 2012

Kumpulan Kristian dalangi filem anti-Islam

LOS ANGELES 15 Sept. - Filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di dunia Islam didakwa diterbitkan oleh kumpulan agama di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Media for Christ dan dilaporkan diarahkan oleh seorang pengarah filem pornografi.
Pegawai AS semalam berkata, dalang filem bertajuk Innocence of Muslims yang disiarkan di YouTube itu adalah Nakoula Basseley Nakoula, 55, seorang warga Mesir beragama Kristian Koptik dan juga pesalah kes penyelewengan yang mungkin melanggar parol.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti Nakoula sebagai penulis filem tersebut dan mungkin melanggar syarat pembebasannya dari penjara.
''Perkara itu kini sedang dinilai,'' kata jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS.
Menurut laman web gosip, Gawker, filem itu diarahkan oleh Alan Roberts, 65, yang sebelum ini mengarahkan filem-filem lucah.
Gawker yang menemubual pelakon filem itu menyatakan bahawa senarai watak utama dalam filem itu adalah George, Condalisa dan Hillary tetapi dalam versi akhir filem, skrip diubah untuk menjadikan mereka sebagai Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam lain.

No comments:

Post a comment

Member BSK