Jumlah Pengunjung

Saturday, 22 September 2012

NGEH KOO HAM (DAP) TERUS HINA ISLAM DAN MELAYU...


Rakyat perlu 'buang' Koo Ham, DAP

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan diseru supaya bersatu menolak DAP dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada pilihan raya umum akan datang kerana didakwa gagal menghormati hak serta seperjuangan agama lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia terbukti melalui tindakan Koo Ham melalui laman mikro Twitter beliau mempersoalkan tidakkah umat Islam membuang masa menyertai perhimpunan membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina agama itu.

Kata Khairy, persoalan yang ditimbulkan Koo Ham tersebut adalah mengecewakan kerana pembangkang termasuk Ahli Parlimen Beruas itu sebelum ini menyokong penganjuran perhimpunan haram Bersih, kononnya bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun, dalam isu Innocence of Muslims, katanya, kenyataan Koo Ham seperti memperlihatkan imej Nabi Muhammad SAW dan Islam adalah tidak penting untuk dipertahankan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Member BSK