Jumlah Pengunjung

Wednesday 19 September 2012

Koo Ham tidak sensitif - Zambry Abdul Kadir

IPOH 18 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengingatkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi terhadap umat Islam di negara ini.
Zambry berkata, kenyataan Koo Ham menerusi laman Twitter yang mempersoalkan penentangan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile adalah satu kenyataan yang amat mendukacitakan.
''Kenyataan Koo Ham itu sesuatu yang agak provokatif kepada umat Islam walaupun dalam kenyataannya dia meletakkan tanda soal, namun ia adalah satu kenyataan yang sangat mendukacitakan.
''Sepatutnya dia berkongsi perasaan yang ditanggung umat Islam berikutan penerbitan filem berkenaan kerana setiap agama mempunyai konsep kenabian yang menggambarkan agama masing-masing. Tiada siapa mahu melihat nabi mereka dituduh dengan pelbagai tuduhan," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK