KUALA LUMPUR 11 Sept.- Dana asing yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) boleh disifatkan sebagai habuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana menjadi tali barut kuasa asing untuk mengganggu gugat negara.
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ini kerana dana itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan perjuangan hak asasi manusia yang diuar-uarkan oleh NGO itu.
"Pemimpin dan bekas pemimpin Suaram diharap tahu bahawa dana yang diterima itu seperti yang didedahkan oleh kerajaan adalah habuan kerana menjadi tali barut kuasa asing.
"Ini kerana kuasa asing tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman dan politik di negara berdaulat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment