Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 February 2013

Ustaz Azhar Idrus Rela Jadi Binatang Peliharaan Nik Aziz !!!



Memandangkan Nik Aziz sudah terkepung dan hanya mampu mengulangi hujah yang sama berhubung BR1M dan BINATANG, maka bantuan khas diperlukan. 

Azhar Idrus merupakan orang yang paling diharapkan oleh PAS boleh membantu memandangkan dia mempunyai pengaruh yang meluas. 

Lantas apabila Azhar Idrus membuat pembelaan dengan menyatakan pemberian BR1M pada ketika PRU semakin hampir menjadikan penerimanya tidak ubah seperti ayam yang diberi makan sebelum disembelih, para pecacai Pakatan bertepuk tangan dan menarik nafas kelegaan. 

Yang tidak mereka sebutkan ialah berhubung dengan apa yang seharusnya Kerajaan lakukan menurut Azhar Idrus. 

Itulah sebabnya PAS sebagai kerajaan di Kedah dan Kelantan, langsung tidak berbuat apa-apa melainkan berceramah sepanjang masa. Rakyat kedua-dua negeri itu pula hanya menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. 

Barangkali atas alasan tak mahu jadikan rakyat sebagai BINATANG itulah, PAS mengambil sikap lebih gemar berceramah, menyakau duit rakyat, meminta derma dari rakyat dan tidak mengadakan apa-apa pun yang berkaitan dengan prasarana. 

Menurut PAS, ajaran Islam ialah menghadiri dan mendengar ceramah. Jihad bermaksud memberikan kemewahan kepada pemimpin manakala orang bawahan pula perlu menderma kepada pemimpin. 

Begitulah... Dunia sudah semakin terbalik sehinggakan yang betul pun dikata salah dan yang terang-terang mungkar serta menyesatkan diangkat tinggi sebagai PENYELAMAT UMAT!!! 


(SUMBER)

No comments:

Post a comment

Member BSK