Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 February 2013

Terkini, Anwar Tiba-Tiba Berani Mengaku !!!




Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International pada Rabu, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, PM mengumumkan senarai calon BN yang bakal bertanding perlu melalui proses verifikasi oleh SPRM bagi memastikan calon yang diketengahkan benar-benar bersih dan tidak bermasalah.

Kenapa UMNO dan BN yang selama ini dituduh memanipulasi setiap pilihan raya dengan kerjasama sulit SPR begitu berani mengikat parti dan calonnya sendiri dengan segala peraturan?

Sebaliknya pihak penuduh yang berlagak umpama "raja transparensi" dan menuntut supaya pilihan raya diadakan secara bersih dan adil pula yang tidak berani menandatangani ikrar integriti Pilihan raya. 

Pembangkang juga tidak berani untuk berlaku telus dan menolak proses verifikasi calon oleh SPRM.

Mereka sanggup menjemput pihak Australia untuk campurtangan dalam proses PRU negara ini.

Mereka sanggup berkumpul dan berdemonstrasi serta melanggar undang-undang atas nama "bersih" demi untuk melihat pilihan raya bersih berlaku di negara ini.

Tetapi, bila diminta menandatangi sama ikrar integriti, mereka menolak mentah-mentah.

Memang layak pihak pembangkang ini dilabel Pakatan Rosak. Parti Kuat Kencing. Parti Kelentong Rakyat. Parti Kemusnahan Rakyat. 

Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi. 

Desak pihak lain supaya berlaku telus dan adil tapi mereka bebas melakukan ketidakadilan.

Menuduh pihak lain menyekat kebebasan akhbar, tapi mereka bebas melakukan sekatan terhadap media yang tidak bersama mereka.

Menuduh pihak lain melakukan fitnah, tapi merekalah sebenarnya raja fitnah.

Menuduh pihak lain zalim dan menindas rakyat, tapi hakikatnya merekalah yang menindas dan menzalimi minda rakyat dari menerima realiti dengan menyebar segala fitnah dan dusta tanpa had.

Apa pun, puak-puak ini sedang hebat ditimpa musibah hasil dari "segala kerja hodoh" mereka.

Jangan takut dan jangan bimbang dengan segala dusta, keji dan nista puak Pakatan Rosak. Kalau dinilai dari setiap kerja hodoh pakatan rosak, memang tiada sebab untuk Allah beri kemenangan kepada mereka melainkan hanya musibah, malapetaka dan hukum karma saja yang layak buat mereka.



No comments:

Post a comment

Member BSK