Jumlah Pengunjung

Tuesday, 26 February 2013

Kecoh Ada Yang Ambil Duit BR1M Sambil Telanjang !!! Giler....



Setiap kali program Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) pasti akan ada sabotaj daripada pembangkang. Mereka akan mengambil apa sahaja pendekatan demi untuk menggagalkan program bantuan tersebut.

Semalam program BR1M yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya(SMK Seri Jaya) menyaksikan satu unsur sabotaj telah dibuat oleh pihak pembangkang.

Jalan masuk ke SMK Seri Jaya memang agak sempit tetapi untuk 'parking' kereta di kawasan Sekolah bagi 700 buah kereta amat mencukupi tetapi malangnya ada dua buah kereta telah meletakkan kereta mereka betul-betul di tengah jalan dan seterusnya menyekat hampir 300 buah kereta daripada memasuki kawasan sekolah.

Penerima BR1M dan keluarga terpaksa mengambil inisiatif untuk meletakkan kereta mereka lebih 200 meter daripada sekolah dan mengambil keputusan berjalan kaki dalam keadaan hujan yang lebat ke tempat program penyerahan BR1M diadakan.

YB Dato Hamidah juga terpaksa turun berjalan kaki sejauh 300 meter untuk sampai ke tempat penyerahan BR1M tersebut.

Ini membuatkan hampir 50% keluarga penerima BR1M memaki hamun kerajaan kononnya nak bagi bantuan pun suruh rakyat berjalan kaki.

Ada terdengar rungutan daripada seorang perempuan mengatakan "inilah duit haram, nak ambil duit haram pun susah"

Sehingga jam 6 petang kedua-dua kereta tersebut dialihkan oleh  'individu' yang tidak dikenali dan difahamkan pemandu tersebut datang bukan untuk mengambil BR1M kerana mereka menaiki kereta lain ke tempat kereta yang mereka letak tadi.

Menurut maklumat orang ramai kedua-dua pemandu itu orang dewasa yang sedikit pun tidak dikenali oleh orang tempatan.

Oleh itu pengalaman yang lalu sudah ada, penyerahan BR1M pada kali ini perlu dibuat lebih berhati-hati kerana kerajaan mempunyai ramai musuh untuk mensabotaj setiap program bantuan seperti ini.

Pembangkang sudah terdesak dan untuk memastikan rakyat marah kepada kerajaan berbagai sabotaj telah dirancang dan pihak kerajaan perlu bersedia dengan sabotaj yang lebih teruk selepas ini.

Jangan hanya fikir hendak membantu rakyat sahaja pihak kerajaan juga perlu memikirkan unsur-unsur sabotaj yang bakal dilakukan oleh pihak pembangkang.

Jika dilihat kepada kenyataan sesat Hadi Awang kita tidak menolak pembangkang sanggup buat apa sahaja demi fatwa songsangnya:

Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat seperti memberi makan hampas kelapa kepada ayam dan lembu, presiden parti itu pula, Hadi Awang menyifatkan pemberian bantuan itu sama seperti yang dilakukan oleh Firaun.

Menurutnya, usaha Kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir sejak ribuan tahun dahulu.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Haram Ke-4, Abdul Hadi berkata, tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodohkan-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.


(SUMBER)

No comments:

Post a comment

Member BSK