Jumlah Pengunjung

Sunday 10 May 2015

PEMUDA UMNO HANCURKAN MASA DEPAN JEMAAH HAJI !!!



Tidak setuju seratus peratus!!!

Itu adalah pendapat aku tentang tindakan Pemuda UMNO Malaysia yang mendesak Tabung Haji menjual semula tanah yang telah dibeli dari 1MDB. Mengapa perlu mendesak sebegitu tanpa mengkaji sedalam-dalamnya keuntungan yang sebenarnya telah Tabung Haji miliki ? Adakah tindakan Pemuda UMNO ini amat bijak ?

Pendapat aku memang langsung tidak bijak kerana, tahukah Pemuda UMNO bahawasanya tanah yang telah dibeli oleh Tabung Haji itu berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya adalah tanah yang bernilai tinggi dan peluang untuk Tabung Haji mendapat untung yang sangat-sangat lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang amat lumayan. Salahkah jika sebuah AGENSI UMAT ISLAM membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur-pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dari sepatutnya. THP juga sebelum membeli tanah tersebut telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak, nilai bangunan disitu adalah berharga RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j.  THP akan mendapat keuntungan sebanyak RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.



Mengapa Pemuda UMNO tidak berfikir untuk masa depan umat islam malaysia dan mengkaji dahulu perkara ini ? Beginikah tahap pemikiran pemuda UMNO yang bakal memimpin masa depan negara di masa akan datang ? 

Pemuda UMNO perlu sedar, anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu Tabung Haji. Wang itu juga yang akan digunakan untuk menanggung subsidi Haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat keuntungan? Jika tidak membuat keuntungan bagaimana mahu membantu umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Adakah sebenarnya tindakan Pemuda UMNO ini mahu melemahkan pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak ? BODOH ATAU BANGANGKAH Pemuda UMNO masa kini ?

Baiklah, jika dimasa dahulu semasa pentadbiran Tun Mahadhir, tanah kelab lumba kuda KL/Selangor pernah dijual kepada Ananda krishnan (Owner ASTRO cekik darah) dengan harga yang murah dan kemudian dibeli semula pada harga yang amat tinggi, Namun ketika itu juga tiada pula Pemuda UMNO bertindak bodoh dan sebangang Pemuda UMNO sekarang mendesak Mahathir meletak jawatan. Begitu juga dengan saham Syarikat Telekom Malaysia yang pernah dijual kepada Temasek dan kemudian dibeli semula pada harga lebih tinggi, ketika itu tiada pula kerabat Tun Abdullah Badawi di gasak oleh Pemuda UMNO untuk disiasat.

Jadi sekarang ini, apakah sebenarnya tujuan tindakan Pemuda UMNO Malaysia kini sehingga memburukkan imej Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tabung Haji, yang secara tidak langsung telah memburukkan imej Perdana Menteri Malaysia sekarang ?

Dan disebabkan desakan bodoh oleh Pemuda UMNO Malaysia, hari ini, Lembaga Tabung Haji telah mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Keputusan tersebut dibuat atas desakan Pemuda UMNO Malaysia yang lantang mengkritik pembelian hartanah segitiga emas yang dijangka mampu menguntungkan Lembaga Tabung Haji sekaligus memberi subsidi kepada jemaah haji yang semakin meningkat.


Menurut pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.

Jelasnya lagi, urusan penjualan dijangka akan selesai minggu hadapan.

”Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.

“Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.

Datuk Azeez Rahim berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini.

Mungkin dengan penjualan semula tanah ini dapat memuaskan hati Pemuda UMNO Malaysia agar Tabung Haji terus maju untuk membantu umat islam malaysia.


Psstt..  Dah makin senang kerja parti pembangkang, Pemuda UMNO sendiri yang boleh buat kerja untuk mereka... 






2 comments:

  1. Bkn suh jual. Suh batalkan bingai.. kan lain maksudnye

    ReplyDelete

Member BSK