Email panas hari ini;
Saya ingin memaklumkan satu peristiwa hari ini sekitar pukul 12.00pm-01.30pm semasa saya membeli belah bersama keluarga di pasaraya Mydin Meru , Ipoh, Perak hari ini Ahad 01 Julai 2012.
Terdapat sekumpulan dipercayai angota PAS telah menyebarkan risalah di pasaraya ini. Saya sendiri menerimanya ketika berada di escalator (menuruni aras 1 ke aras bawah) dan risalah ini diberikan oleh seorang wanita,
Selepas selesai membeli belah ketika berada di aras bawah, kelihatan seorang lelaki juga dipercayai anggota PAS menunggu di ruang bawah escalator dengan memberikan risalah kepada pengunjung-pengunjung pasaraya ini. Saya sempat mengambil beberapa gambar aktiviti tersebut.
Ketika hendak ke tandas di aras bawah, saya ternampak sekumpulan wanita juga dipercayai anggota PAS menyebarkan risalah tersebut. Ada diantara mereka memakai pakaian hijau dan membawa anak-anak kecil seolah-olah berkeliaran bermain dengan kanak-kanak ini memakai baju hijau tertera himpunan hijau,
Tindakan ini telah menyinggungkan hati saya dan saya percaya sebahagian besar pengunjung beragama Islam di pasaraya ini turut tersinggung sama kerana paparan risalah tersebut adalah berbentuk politik dari tujuan asalnya. Risalah tersebut cuba hendak membuat satu kaedah propaganda (branding marketing) yang mengelirukan umat Islam seolah-olah solat hendak disinonimkan dengan pemimpin PAS dan parti PAS sebagaimana terpapar di risalah itu. Adakah terdapat elemen propaganda dengan menggunakan agama dalam meraih undi? Seolah-olah apabila solat maka akan dikaitkan dengan pemimpin PAS dan parti politik tersebut. Kenapa tidak menggunakan gambar mufti besar Perak sedang solat atau lebih neutral hanya menggunakan pak-pak imam biasa di kampung saja. Ianya diperkukuhkan lagi apabila tertera PAS Tambun di bawah risalah tersebut. Alangkah bagus kalau risalah seumpama ini yang mengajak solat dan selamat menyambut Ramadan tidak dicampuradukkan dengan politik.
Saya juga terkilan melihatkan anak-anak yang masih kecil yang sepatutnya menjalankan aktiviti berguna telah disalahgunakan oleh penjaga dengan memakai baju tertera perkataan politik.
Adakah tindakan kumpulan ini mendapat restu dari pihak pasaraya Mydin Meru? Memandangkan mereka ini berada dalam tempoh yang agak lama dan pihak keselamatan Mydin seolah-olah membiarkan ianya berlaku.
Justeru, adalah diharapkan peristiwa ini tidak berulang kerana kegagalan pihak pasaraya Mydin Meru mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti negatif seperti ini di premis mereka akan memberikan signal negatif kepada sebahagian besar pengunjung pasaraya ini yang tidak sukakan Islam disalahgunakan. Ini secara tidak langsung akan memberi implikasi negatif terhadap perniagaan Mydin di kalangan orang Melayu.
Sekian Terima Kasih
Anti Salahguna Agama
Sk:
Pejabat Perdana Menteri
Pejabat MB Perak
(NAK CERITA LAGI BEST KLIK KAT SINI...)
Melacur?mu ni bodoh tahap mane?Harap ALLAH mengampunkan dosamu di atas fitnah yang dibuat,beliau elok menutup aurat, -BUDAK TAMAN TEMARA
ReplyDeleteTolong jelaskan, ulama mane yg memisahkan agama dan politik?agma kristian shj yg memisahkan diantara politik dan agama,ISLAM itu SYUMUL wahai saudara sri kinta yg jahil agame,ISLAM bkn skadar pose,solat,haji,dan zakat,tp merangkumi smua,bodo punye org!!!!!!!!!
ReplyDelete