Anwar Ibrahim yang berang dengan kedegilan dan kedunguan Ketua Pengarang Suara Pakatan Rakyat (SPR) yang sering tidak mendengar kata, mengambil keputusan untuk memecatnya serta merta.
Menurut sumber dalaman yang diberitakan kepada penulis, Ketua Pengarang tersebut yang dikenali sebagai 'R' mula berkhidmat dengan SPR sejak blog berkenaan mula beroperasi. Dari sebuah blog yang langsung tiada dalam kedudukan 'ranking', dengan hasil didik Anwar yang tanpa jemu memberikan tajuk-tajuk sensasi yang mana mampu menggugat kedudukan kerajaan yang ada sekarang, blog berkenaan pernah mencapai di'ranking' yang baik. Satu pencapaian yang amat membanggakan Anwar.
R juga mengakui bahawa dia sering bertemu dengan Anwar secara sulit, paling tidak pun berhubung melalui telefon tentang isu apa yang sesuai untuk menghentam kerajaan. Sebenarnya blog SPR adalah hasil idea rahsia antara Anwar dan R berdua. Tiada sesiapa pun yang tahu walaupun Wan Azizah sendiri. Sebab itulah Wan Azizah pernah menafikan bahawa SPR bukan blog kendalian PKR tatkala timbul isu yang mampu menjejaskan partinya. Anwar sengaja berlakon membiarkan isterinya membuat penafian demi penafian tentang SPR, walhal beliau hanya tersenyum melihat isterinya diperbodohkan oleh rancanganya bersama R selama ini.
Menurut R, bayaran yang diterima daripada parti itu cukup lumayan dan menjadikannya bermotivasi tinggi untuk menulis lebih banyak artikel. R juga turut dihadiahkan sebuah kereta pada hujung tahun lepas hasil kerja kerasnya menaikkan nama SPR di persada media maya tanah air.
Namun langit tidak selalu cerah, apa yang Anwar harap-harapkan selama ini sudah mula terpesong. R dah pandai besar kepala dan mula berjinak-jinak untuk melawan bosnya. Banyak isu yang dimainkan di SPR adalah buah fikirannya sendiri tanpa mempedulikan arahan Anwar lagi.
Anwar dapat meraskan jika R berterusan menunjukkan sikap egonya, lama-kelamaan imejnya dan PKR akan tercalar. Tambahan pula isu yang dimainkan kebelakangan ini tidak banyak membantu menaikkan namanya yang sudah mula terhakis sedikit demi sedikit. Anwar tak mahu dia dikuburkan dahulu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Sebagai contoh, isu tarian Sumazau dan kematian Kanang Anak Langkau yang menimbulkan kemarahan orang-orang di Sabah dan Sarawak. Menurut sumber lagi, dengan ada dua isu panas itu, bermakna cita-cita menggunung Anwar untuk menawan dua negeri Malaysia timur itu bakal menjadi debu. Ditambah pula dengan laporan polis dan ugutan bunuh yang diterima menyebabkan Anwar tidak senang duduk. Walhal Anwar tak pernah sesekali menyuruh R memandai-mandai mengeluarkan isu tersebut.
Imej Anwar dirobek-robek semahunya kerana mempunyai Ketua Pengarang yang ego dan tidak mendengar kata. Kepercayaan orang Sabah dan Sarawak terhadap PKR kini padam dek sentuhan maut R yang tidak mempunyai rasa sensitif kepada kaum-kaum peribumi di sana.
Sebelum nasi menjadi bubur, adalah lebih baik R dipecat bagi memastikan segala perancangannya terus berjalan lancar. Ingat!!! hanya Ketua Pengarangnya sahaja yang dipecat, kumpulan editornya masih kekal menjalankan operasi seperti biasa yang diketuai oleh saudara ZD sebagai pemangku Ketua Pengarang.
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment