Jumlah Pengunjung

Saturday 19 January 2013

aku disesatkan oleh mereka !!!



Salam semua… aku sendiri mengaku hampir pernah terpesona dengan cara kata-kata PAS, segala-galanya kerana perjuangan islam. Kini aku kembali bersama sinar yg baru untuk menentang perbuatan munafik PAS. Ingatkah kita pada penghujung Disember 2011 Sultan Terengganu, Sultan MIzan Zainal Abidin telah melahirkan dukacita kerana masih wujudnya isu dua imam di negeri baginda. Rungutan itu telah menarik perhatian MB Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said yang menyalahkan PAS dalam isu tersebut. Pengakuan ketua Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib memberitahu bahawa isu dua imam dan kafir mengkafir itu telah lama PAS tinggalkan. Ini bermaksud dan membuktikan PAS suatu ketika dulu memang mengamalkan sikap begitu. Tapi apa yg aku perhatikan PAS masih lagi mengamalkan sikap begitu, buktinya anda boleh melihat gambar dibawah dimana di dalam stadium pon mereka sudah punyai  arah kiblat yg berbeza.

Isu kafir mengkafir pula aku lihat sendiri PAS masih amalkan dalam setiap ceramahnya… Doa aku agar pengikut ahli PAS cepat sedar…



“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “





No comments:

Post a Comment

Member BSK