Ketua pemuda UMNO Perlis dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis akan berdebat? Itu lah khabar-khabar angin yang didengar kebelakangan ini. Oleh itu, penulis mencari kebenaran khabar angin tersebut dengan bertemu kedua-dua pemimpin tersebut untuk mendengar penjelasan berkaitan debat umum yang bakal diadakan.
“Program yang akan diadakan bukan lah program debat seperti yang diwarwarkan, tetapi hanya sebuah program berbentuk wacana ataupun forum untuk membincangkan hala tuju anak muda di negeri Perlis”.
Begitu lah jawapan yang penulis perolehi dari kedua-dua kepimpinan pemuda tersebut. Saudara Mohsin Yusoff Ketua pemuda UMNO negeri Perlis dan saudara Ammar Ghazali Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis yang akan menjadi ahli panel untuk program wacana tersebut. Kedua-duanya akan berhujah bagi mewakili parti masing-masing iaitu UMNO dan PKR.
Program Wacana Anak Muda “Masa Depan Negeri Perlis” yang dianjurkan oleh Badan NGO Sekolah Pemikir Jalanan Negeri Perlis akan dimoderatorkan oleh saudara Mohd Taufiq Bin Abdul yang merupakan seorang aktivis politik dari Universiti Malaya. Program yang dijadualkan bakal berlangsung 15 Februari ini akan diadakan di Dataran 350 atau dikenali sebagai dataran - BACA SELANJUTNYA...
No comments:
Post a Comment