Jumlah Pengunjung

Friday, 1 February 2013

Anwar Liwat Tun Mahadhir !!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pakar ekonomi yang memacu pertumbuhan ekonomi negara selama beliau menjadi Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan untuk seketika, pemangku Perdana Menteri. 

Itulah mesej yang dicanang oleh Ketua Pembangkang itu sendiri setiap kali beliau bergerak ke seluruh pelosok negara dengan bas mewah untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat. 

Pada pengamatan Anwar, Tun Mahathir Mohamad yang menjadi bos ketika itu tidak layak untuk mendapat secebis pujian pun dalam rekod terbilang Malaysia. 

Justeru, Anwar kini menjulang dirinya sebagai Perdana Menteri ketujuh pada mana-mana ceramah menggunakan bas mewah yang dilekat dengan potrait raksasa beliau. 

Melihat Anwar menjual rekod beliau semasa dalam kerajaan dan Umno, pengundi atas pagar, ahli Umno serta rakyat biasa tentunya bermasalah menerima dalil Anwar bahawa semua yang baik itu datang daripada beliau dan yang buruk adalah daripada Dr Mahathir dan Umno-BN. 

Anwar mahu bolot segala pujian 

Hakikatnya ialah jika Anwar mahu membolot segala pujian di sebalik pencapaian ekonomi negara, maka beliau tidak boleh salahkan Mahathir semata-mata terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. 

Isu IPP, pengagihan saham bumiputera, pemberian kontrak kepada kroni, politik wang semakin membuas dalam Umno adalah modal kempen pembangkang sejak bertahun-tahun, malah bermula zaman Anwar masih dalam Umno dan kerajaan. 

Bukankah Anwar berada di barisan hadapan segala dakwaan berkenaan ketika itu? 

Hari ini Anwar bercakap mengenai kebebasan media. Bukankah beliau yang mengatur pembentukan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melalui Realmild Sdn Bhd menerusi “empat budak Melayu” ketika itu? 

Ketika Mahathir dituduh memberikan kewarganegaraan kepada orang asing di Sabah untuk memenangi pilihan raya negeri itu, siapa yang memimpin kempen pilihan raya itu sendiri di Sabah, jika bukan Anwar? 

Adakah pemimpin-pemimpin PBS ketika itu lompat kepada BN dan Umno secara percuma atau disogok wang dan kebendaan? Siapa yang di sebalik kempen itu? 

Ramai lupa bahawa Anwar bukannya meninggalkan Umno kerana insaf terhadap perbuatannya. 

Beliau dipecat daripada parti itu, dan jika tidak kerana tuduhan-tuduhan seks terhadapnya, pada hari ini sudah tentu beliau masih dalam Umno, malah menjadi Perdana Menteri dan membidas pembangkang yang diwakilinya sekarang. 

Kerja keras Anwar jual rekod lampau 

Kini Anwar berpeluang lagi menjadi Perdana Menteri, justeru beliau mengumpan rakyat dengan menampilkan diri sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan ekonomi negara. 

Namun golongan yang rasional tentunya boleh merumuskan ketika itu Malaysia adalah Mahathir dan begitu juga sebaliknya. 

Anwar dan mana-mana menteri kabinet ketika itu di bawah telunjuk Mahathir. Natijah rancangan dan pelaksanaan oleh Mahathir, maka negara makmur walaupun tidak dinafikan bahawa pada masa sama ada juga natijah buruk akibat tindakan Mahathir. 

Ramai akan bersetuju bahawa pentadbiran Mahathir diwarnai dengan pertumbuhan ekonomi yang kuat, kadar inflasi rendah dan sektor perindustrian yang dinamis. Di bawah Mahathir negara mula mendokong zaman digital dan internet. 

Namun ada harga yang terpaksa dibayar. Dasar penswastaan Mahathir membuka ruang kepada tuduhan kronisme dalam parti dan kerajaan manakala kebebasan akhbar dan hak asasi manusia terjejas. 

Namun, wajarkah Anwar sebagai orang nombor dua Mahathir memisahkan dirinya dengan keburukan yang dikaitkan kepada zaman Mahathir? Anehnya pada masa yang sama Anwar mahu membolot semua pujian berhubung kemakmuran yang dinikmati rakyat? 

Jelajah Merdeka Rakyat yang mencanang Anwar sebagai Perdana Menteri ketujuh harus diperinci. 

Di sebalik kepetahan dan retorik Anwar mengenai rekod cemerlangnya dalam Umno dan kerajaan serta tuduhan-tuduhan liar yang dilontar terhadap Mahathir dan pimpinan sekarang, rakyat harus menilai kebenaran hujah-hujah Ketua Pembangkang itu. 

Jika Anwar mahu kepimpinannya dinilai secara objektif, beliau harus menampilkan kerajaan negeri pimpinan PKR di Selangor sebagai contoh. Ini kerana beliau adalah penasihat ekonomi negeri. 

Namun Anwar tahu bahaya menyahut cadangan ini. 

Selangor diselubungi masalah pentadbiran 

Ini kerana Selangor ketandusan pelabur asing yang ketara selain menghadapi masalah bekalan air, harga rumah melambung, serta pengurusan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang bermasalah. 

Ini ditambah pula dengan ribuan ibu tunggal dan petani serta nelayan dan kanak-kanak tadika yang masih menunggu elaun bulanan dan janji-janji PKR pada pilihan raya umum yang lalu. 

Memburukkan lagi keadaan ialah masalah infrastruktur asas seperti pungutan sampah yang tidak terurus dan jalan-jalan berlompang yang tidak dibaiki selain cukai pintu dinaikkan sewenang-wenangnya. 

Yang boleh dibanggakan oleh Anwar ialah rizab RM2 bilion kerajaan negeri namun apa erti simpanan itu jika nasib dan kesejahteraan rakyat tidak dibela? 

Selangor jelas bukan permata yang Anwar mahu meuar-uarkan sebagai lambang kesejahteraan yang bakal diperolehi rakyat jika beliau menjadi Perdana Menteri. 

Tidak….Anwar lebih rela berpegang kepada pencapaian negara di zaman Tun Mahathir untuk menampilkan kehebatan beliau. Tidak apa jika fakta-fakta asas terpaksa “digoreng” dan diubah atau dipadamkan sama sekali. 

Sekarang musim pilihan raya di mana matlamat menghalalkan cara. Kebetulan pula demikian ialah jenama politik Anwar Ibrahim.




No comments:

Post a Comment

Member BSK