Jumlah Pengunjung

Sunday 3 February 2013

Cabar Karpal Singh Ambil Tindakan Terhadap Ahli PAS Pijak Bendera DAP !!!



Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar supaya mengambil tindakan terhadap ahli Pas yang memijak bendera DAP dalam satu demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekarang sudah terbukti bahawa tiga individu yang memijak bendera DAP itu adalah ahli Pas dan bukan seperti yang didakwa oleh Karpal sebelum ini.
Beliau berkata, sebagai seorang peguam, Karpal seharusnya tahu undang-undang dan cara untuk mengambil tindakan terhadap tiga individu berkenaan dan jangan pula berdiam diri kerana yang terlibat adalah sekutu sendiri.
''Sebelum ini Karpal mendakwa tiga individu berkenaan bukanlah ahli Pas, namun kami telah menyiasat dan mengenal pasti individu terbabit memang ahli Pas di Pulau Pinang.
''Saya juga mahu cabar Pas supaya mengambil tindakan terhadap ahlinya sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini.
Baru-baru ini, sekumpulan ahli Pas mengadakan demonstrasi membantah tindakan Karpal yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall, Pulau Pinang dengan kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera DAP dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan.
Mohd. Puad berkata, sikap Karpal yang hanya tahu menyalahkan pihak lain dalam isu tersebut dan menuduh ada pihak tertentu yang mengupah kumpulan berkenaan membuat demonstrasi membuktikan beliau juga takut untuk mengambil tindakan terhadap ahli Pas.
''Jika berani dan mempunyai maruah untuk menjaga nama DAP, Karpal perlu berbuat sesuatu atau memilih jalan selamat berdiam diri serta membiarkan bendera DAP terus dipijak," katanya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK