Jumlah Pengunjung

Monday, 4 February 2013

Cara-cara pembangkang Menghina Rumah ALLAH !!!



Tampalan ini sekadar menyuarakan ketakjuban saya terhadap sikap dan pemikiran sesetengah orang Malaysia mengenai dua perkembangan yang berasingan tetapi dengan kata kunci yang sama atau hampir sama iaitu Cina/China.
Apabila Persatuan Cina Islam Malaysia mengumumkan cadangan membina sebuah masjid sendiri di Kuala Lumpur dengan bercirikan reka bentuk Cina tidak berapa lama dulu, ada pihak menentangnya.
Alhamdulillah, bukan semua orang Islam yang tertutup hatinya dan Masjid Cina Islam Malaysia itu, insya-Allah, akan jadi kenyataan.
Orang yang menentang atau tidak menyetujui cadangan itu sama ada tidak tahu apa-apa mengenai Islam atau buta sejarah. Islam bukan untuk bangsa dan orang tertentu sahaja. Islam untuk semua yang beriman kepada Allah, Tuhan yang satu.
Hanya orang yang buta sejarah saja menentang cadangan masjid itu semata-mata kerana reka bentuk Cinanya. Mungkin mereka tidak tahu yang antara masjid tertua dan tercantik di dunia adalah di China.
Mungkin mereka juga tidak tahu bahawa Islam sampai ke China seawal 616-18 Masihi dibawa oleh sahabat-sahabat Rasulullah sendiri dan bilangan umat Islam China lebih ramai daripada orang Islam Malaysia. Menurut pusat penyelidikan Pew, berdasarkan bancian kerajaan China, ada kira-kira 22 juta orang Islam di negara itu.
Alhamdulillah, saya berkesempatan melawat beberapa buah masjid lama di Beijing dan sekitarnya beberapa tahun lalu. Saya amat kagum dengan sejarah dan reka bentuknya.
Anehnya, apabila Universiti Xiamen, China, mengumumkan cadangan membuka kampus di Malaysia, pelbagai pihak mengalu-alukannya. Saya tidak pula terbaca ada pihak yang membantah. Menurut laporan media, kampus di Salak Tinggi, Selangor, itu berupa kampus seberang laut pertama bagi sebuah institusi pengajian tinggi China.
Saya lebih selesa dengan sebuah masjid yang berekabentuk Cina dan dimiliki oleh orang Cina Islam Malaysia daripada sebuah institusi pengajian tinggi China atau mana-mana negara pun.
Saya tahu, semua orang Islam babas keluar masuk mengerjakan ibadat di sebuah masjid Cina Islam, tetapi sebuah universiti asing tentu ada agenda dan seleranya sendiri walaupun kampusnya di Malaysia. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Member BSK