Jumlah Pengunjung

Wednesday, 6 February 2013

Kenapa Ambiga Takut Sangat Dengan Buku Kecil NI !!!


Dengan buku kecil yang berkata kata benar pun Ambiga takut.

Mengapa perlu takut sangat?


1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?



2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0. 


Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.


3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?



4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini 



5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.


6) Tiada keraguan yang munasabah yang boleh dilontarkan Ambiga dan Maria untuk menafikan BERSIH 3.0 adalah tidak ganas. Video di atas adalah bukti paling jelas dan kukuh keganasan peserta BERSIH 3.0. Ambiga sebagai penganjur terbukti gagal mengawal peserta BERSIH 3.0.


7) Oleh kerana itu, pada Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Anwar Ibrahim tidak lagi memberi kepercayaan kepada Ambiga untuk ketuai himpunan. Che Gu Bard yang diberi peranan dan nama BERSIH tidak lagi digunakan kerana mengundang backfire atas apa yang telah berlaku pada BERSIH 3.0.



Mengapa perlu ditakuti pada fakta dan penjelasan. Jika tidak puas hati, boleh keluarkan buku kecil terbitan Ambiga untuk menjawab kembali buku setebal 322 muka surat yang dikeluarkan oleh JASA.



Terima kasih kerana mengiktiraf dan mempromosikan buku kecil tersebut. Rakyat tentu mencari cari isi kandungan lain yang padat dengan hujah bernas, melawan dakyah spekulatif dan menangkis tohmahan negatif.





1 comment:

  1. Aku difahamkan Pelajar UIA dibayar RM100 untuk menyertai KL112? Tanyalah baju putih UIA sebab baju Hijau tak akan mengaku ..

    ReplyDelete

Member BSK