Jumlah Pengunjung

Monday 11 February 2013

Letupan Semasa Konsert PSY di Pulau Pinang !!! Ramai Ahli DAP pula Yang cedera....


GEORGETOWN 11 Feb - Kira-kira 80,000 orang membanjiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) ketika Majlis itu berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan daripada rakyat negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai kaum disini hari ini.


Pengunjung yang hadir pada majlis yang berlangsung di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang disajikan dengan tarian tradisional daripada perlbagai kaum di Malaysia, naga cina dan gendang 1Malaysia turut menarik perhatian daripada pengunjung yang hadir khususnya pelancong asing yang hadir ketika majlis itu sedang berlangsung.

Majlis itu turut menyaksikan persembahan hiburan secara percuma kepada pengunjung yang hadir itu, antaranya persembahan penyanyi terkenal tanah air iaitu Shila Amzah yang menyumbangkan tiga buah lagu.


Di samping itu, majlis itu turut diserikan dengan dengan persembahan artis yang popular dengan tarian kuda menerusi Gangnam Style daripada korea iaitu Psy yang mengamatkan lagi suasana majlis itu bertambah meriah.

Turut hadir ketika majlis itu sedang berlangsung ialah Bekas Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dan Isteri Perdana Menteri juga merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, para pengunjung turut diberikan angpau dan sekotak buah limau bagi setiap keluarga sebagai simbolik perayaan Tahun Baru Cina yang kini menjelang.




No comments:

Post a Comment

Member BSK