Jumlah Pengunjung

Saturday 9 February 2013

Lim Guan Eng Minum Air Kencing Menteri Besar Kedah !!!



Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru. Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas, hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut.
Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi.
Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya, namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China. Jelasnya lagi, walaupun memang ada negeri yang membayar jualan air seperti Melaka kepada Johor dan Pahang kepada Selangor, tetapi ia adalah kerana bekalan itu bukan melalui kaedah semula jadi, tetapi sebaliknya melalui saliran paip atau terowong.
Bertitik tolak dari itu, tiada diberitakan jawapan atau hujah balas dari Kedah terhadap kenyataan PBAPP itu selain dari beberapa kenyataan media oleh Exco Kedah, Phahrolrazi yang menegaskan untuk tetap meneruskan rancangan menuntut bayaran terhadap bekalan air kepada Pulau Pinang.
Dan perkembangan terbaru pada dua hari lepas juga serupa di mana Phahrolrazi sekali lagi membuat kenyataan media 'merungut' kerana kerajaan Pulau Pinang masih belum memberi respon kepada cadangan Kedah untuk mengenakan harga 3 sen/m3 ke atas bekalan air mentah ke negeri itu. Katanya, keengganan Pulau Pinang untuk memberi respon menyebabkan perkara ini menjadi bertambah sukar.
Malah, seolah-olah mengugut, beliau turut membayangkan 'akibat yang serius' sekiranya cadangan Kedah terus diabaikan oleh Pulau Pinang.
Pulau Pinang bagaimanapun, terus mengambil sikap 'pekak-badak' dan 'diam membisu', enggan melayan apa-apa perbincangan dengan Kedah. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK