Penjawat awam yang mahu bertanding atau dicalonkan sebagai calon pilihanraya, mereka perlu melepaskan jawatan mereka tidak kira didalam jabatan atau kementerian.
Begitu juga seharusnya terjadi kepada mahasiswa yang ingin bertanding sebagai calon pilihanraya, mereka perlu berhenti belajar sekiranya mahu bertanding dalam satu satu kawasan tidak kira sama ada DUN atau Parlimen.
Kementerian pengajian tinggi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kementerian tidak akan menghalang pelajar pelajar ini untuk bertanding.
Menurut kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin berkata bahawa memberi kebenaran kepada para pelajar ini bertanding adalah bukti bahawa kerajaan hari ini adalah adil dan demokrasi.
Kemasukan pelajar pelajar ini kedalam arena politik tanah air juga menunjukkan bahawa mereka menyetujui yang negara ini mengamalkan politik secara demokrasi.
Ini kerana sekiranya mereka tidak beranggapan begitu, sudah pasti pelajar pelajar ini tidak akan berani untuk bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen.
Ini juga sebagai bukti bahawa kerajaan selama ini telus dan benar benar mengikut landasan undang undang dalam setiap pilihanraya dan ianya tidak seperti yang di gambarkan oleh pembangkang bahawa Barisan Nasional mengamalkan politik kotor.
abis kalau jd calon umno/bn xpgil barua?np kalau pembngkang pgil barua?mgkin klu msuk calon lyk pgil anjing kan..bangang pye tuan tlis tjuk..hakpuihh
ReplyDelete