Jumlah Pengunjung

Wednesday, 13 February 2013

Mat Sabu Bersedia Bunuh Sesama MELAYU Demi Taat Setia Kepada DAP !!!



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. 

Apa yang menimbulkan persoalan ialah, rakyat mana yang marah jika tidak dihasut oleh pihak pembangkang. 

Selama lebih 30 tahun selepas kejadian 13 mei 1969, tidak pernah terjadi kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan dan sebagainya, namun sejak akhir akhir ini telah terjadi rusuhan hingga menyebabkan kerugian dan kecederaan. 

Namun ugutan demi ugutan seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu bahawa 'Arab Spring' mungkin berlaku sekiranya pilihanraya didapati tidak bersih. 

Adakah selama ini pilihanraya dalam negara ini tidak bersih sedangkan Kelantan telah di perintah oleh PAS selama lebih 20 tahun dan dalam pilihanraya umum ke 12, 5 negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. 

Adakah ini dikatakan tidak bersih dan masih ada pertikaian daripada pembangkang. 

Mungkin setelah mereka menang barulah mereka (pembangkang) akan mengatakan bahawa pilihanraya ini adalah bersih. 

Pilihanraya adalah demokrasi dimana seluruh rakyat yang layak untuk mengundi akan keluar mengundi dalam memilih kerajaan, tidak ada istilah kotor atau bersih dalam pilihanraya kerana ianya adalah adil. 

Jadi rakyat tidak perlu turun ke jalan jalan raya hingga mengakibatkan negara berada dalam keadaan huru hara dan menimbulkan kekacauan selepas pilihanraya. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK