Jumlah Pengunjung

Friday, 8 February 2013

PAS Paksa Ustaz Nasharudin Cerai Isteri Dengan Talak Tiga !!!



Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang menjadi kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.


Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?



No comments:

Post a Comment

Member BSK