Jumlah Pengunjung

Thursday 7 February 2013

Pembangkang Dah Mula Gelar Ustaz Azhar Idrus MUNAFIK !!!



Pencacai Malaysia kini sanggup menghina Ustaz Kesayangannya ini menurut apa yang aku baca hari ini di salah sebuah portal mereka dan malas nak kata apa cuma aku nak korang bacalah Penghinaan orang yang mereka sanjungi ni dulu sehinggakan sanggup mereka mengatakan Azhar Idrus MUNAFIK pada hal kemain sanjung korang pada dia dulu haaahaa apa-apa pun setiap yang baik aku ikut, benda yang takbaik  akan aku tegah tentang masaalah ini, tepuk dada tanya cai2 pas apa komen dia kikikikiki...
ini yang tertulis di blog tersebut;-



Azhar Idrus Makin Munafik

DARI awal lagi memang penulis tidak berkenan dengan Azhar Idrus ini.  Ini bukan pendirian yang dibuat-buat tapi berdasarkan pemerhatian dan banyak maklumat dalaman yang tidak enak mengenai penceramah bebas ini.
Walaupun dia sering di lihat di dalam program-program Pakatan Rakyat tapi sebetulnya, Azhar Idrus lebih banyak terlibat dengan program-program dakwah yang dianjurkan UMNO, melalui proksi-proksi mereka tanpa disedari sesiapa.
Sebab itu jangan terkejut kalau Azhari Idrus diberi liputan media arus perdana setiap kali terlibat dalam program dakwah yang dianjurkan proksi UMNO sejak kebelakangan ini.



Terbaru bila Azhar Idrus menjadi tumpuan pemberitaan dalam jentera propaganda nombor satu BN, TV3 berikutan kejayaan program Wacana Al-Quran di Kuantan yang dihadiri lebih 100,000 orang.
Dari segi sejarahnya, amat jarang atau tidak pernah sama sekali individu yang mempunyai kaitan dengan pembangkang di negara ini mendapat liputan agensi media milik UMNO seperti TV3, Utusan dan sebagainya.
Tapi dalam kes ini semacam ada pengecualian.
Sebelum ini pun, Astro memberikan Azhar Idrus satu slot khas yang dipanggil Kemah Keming di saluran Oasis.  Astro juga khabarnya dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh UMNO melalui proksi-proksi mereka.
Apakah puncanya, kenapa sekarang?  Adakah kerana Azhar Idrus mampu menarik puluhan ribu orang hadir mendengar ceramahnya?  Kalau itulah alasannya, sepatutnya TV3 sudah memberi liputan kepada Azhar Idrus sejak dulu lagi, bukan sekarang.
Selain itu, tindakan kerajaan UMNO Pahang membenarkan Azhar Idrus menggunakan Stadium Darul Makmur sebagai lokasi ceramah juga menimbulkan pertanyaan.  Bukan rahsia UMNO sering menghalang Azhar Idrus dari menggunakan stadium atau venue yang mempunyai kaitan dengan kerajaan pimpinan mereka.
Semua tentu masih ingat bagaimana pada tahun lepas, Azhar Idrus dihalang dari menggunakan Putrajaya International Convention Center (PICC) walaupun segala persiapan ceramah agamanya telah dibuat.  Tapi sekarang mudah sahaja Azhar Idrus dibenar untuk menggunakan Stadium Darul Makmur?
Apa muslihatnya?
Jangan lupa, syarikat yang menganjurkan program di Stadium Darul Makmur itu, Anugerah Group of Companies mempunyai hubungan yang kuat dengan UMNO.  Buktinya, syarikat tersebut telah beberapa kali mengadakan majlis yang sama dengan penglibatan syarikat milik UMNO, Utusan Melayu Berhad!!
Sebab itu dalam wawancara dengan TV3 kemudiannya, Azhar Idrus dengan jelas mengakui akan menyokong kerajaan mana sekalipun yang mengadakan aktiviti (wacana Al-Quran) untuk orang muda, penulis ulang kerajaan mana sekalipun!! 
Kali terakhir Anugerah Group mengadakan Wacana Al-Quran dengan kerjasama Utusan ialah pada November tahun lepas di Shah Alam.  Ini pelik, sebab Azhar Idrus tidak hadir ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lepas (di padang Kelab Sultan Sulaiman), tapi boleh pula menyertai majlis yang ada unsur-unsur UMNO di dalamnya?
Lanjutan dari siasatan yang penulis jalankan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, terutama dari PAS memang menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Azhar Idrus sekarang.  Apa yang tidak kena itu penulis akan jelaskan kemudian, tapi khabarnya PAS tahu dengan siapa Azhar Idrus berjumpa dan berbincang beberapa minggu kebelakangan ini.
Penulis juga mendapat tahu Azhar Idrus pernah berkhidmat dengan Utusan Publication sebagai pekerja di bahagian kilang percetakan syarikat tersebut tapi meletakkan jawatan untuk mendalami ilmu dalam pengajian Islam.
Adakah maklumat ini benar?
Dan satu soalan lagi, bolehkah Azhar Idrus jelaskan apakah program besar melibatkan Azhar Idrus dengan UMNO minggu depan?
Nantikan pendedahan lebih banyak laman ini mengenai siapa Azhar Idrus yang sebenarnya.  Kami akan menunjukkan kepada rakyat bahawa Azhar Idrus sememangnya tidak boleh dibuat kawan dan Pakatan Rakyat (terutama PAS) hanya menjadi mangsa penipuan Azhar Idrus.



No comments:

Post a Comment

Member BSK