Jumlah Pengunjung

Saturday 16 February 2013

Ustaz Nasha Lulus Ujian ALLAH !!!


Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Timb Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.

Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.

Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.

Sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.





No comments:

Post a Comment

Member BSK