Hebat! 5000 hadiri ceramah PAS Menuju Putrajaya di tapak pasar malam, Pasir Tumboh, Kelantan pada 14 Februari 2013. Tapi 5000 itu termasuk peniaga-peniaga tepi jalan yang tak laku jualannya malam itu, dan juga termasuk pengguna-pengguna jalanraya yang melalui jalanraya yang tak sesak pun di sebelah tapak ceramah.
Hakikatnya cuma sekitar 250 orang hadir ke ceramah tersebut. Itu pun cuma sekitar 150 orang yang duduk di tapak ceramah. Yang lain semuanya dengar dari jauh sahaja. Itu pun ceramah bermula sejam lewat kerana terlalu sedikit jumlah hadirin yang ke tapak ceramah. Dalam tempoh sejam itulah mereka menayangkan klip video yang sama secara berulangkali.
Penceramah yang hadir adalah ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Baihaqi, Srikandi PKR, Siti Aisyah dan juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ustaz Fadhli. Isu-isu yang dibangkitkan penceramah-penceramah kebanyakannya adalah isu-isu lama yang sudah basi dan sengaja dihangatkan kembali termasuklah isu Altantuya.
Ada ke patut Siti Aisyah kata PM Najib umum nak bina stadium di Kelantan sebab BN nak gali minyak yang ada di bawah stadium sedia ada? Ustaz Baihaqi pula kata rakyat tidak sabar menanti PRU13 kerana rakyat mahu melihat UMNO mampus. Katanya lagi, tidak ada seorang pun ustaz pondok yang menyokong UMNO. Kalau ada anak-anak didik mereka yang menyokong UMNO, maka itu adalah anak-anak didik yang derhaka. Ish ish ish sampai macam tu sekali!
Hakikatnya, rakyat kian hari kian meluat dengan politik PAS. PAS kini tidak lagi sehebat dahulu dalam siri ceramah berkelompoknya. Kebanyakan ceramah berkelompok PAS tidak lagi mendapat sambutan dan sentiasa hambar. Kalau dahulu satu ceramah berkelompok mampu menarik ribuan orang, kini kalau dapat menarik 300 orang pun sudah cukup bernasib baik.
No comments:
Post a Comment