Jumlah Pengunjung

Sunday 17 February 2013

Air apa di Muka Menteri Besar Selangor ???



Kerajaan Negeri Selangor telah berhutang dengan rakyat Selangor sebanyak RM59.8 Juta kerana telah berjanji dalam manifesto PRU12 dahulu jika PR menang di Selangor mereka akan memberikan alaun sebanyak RM50 seorang/sebulan kepada kanak2 yang memasuki tadika..tapi hingga kini tiada bayaran dibuat..rakyat dah beri undi pada PR so bila pula PR nak balas undi rakyat?? RM50 seorang pun x mampu nak bagi ke? Sewa Jet Mewah utk Pak Juburi boleh pulak - Syam 

Selepas gagal membatalkan saman yang difailkan oleh kumpulan ibu tunggal berhubung pembayaran elaun sebanyak RM100 sebulan serta tuntutan kumpulan yang menuntut air percuma, kerajaan negeri Selangor hari ini terus berdepan dengan satu lagi tuntutan iaitu berkaitan bantuan pendidikan prasekolah.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, ini berikutan kerajaan negeri dalam manifesto kempen pilihan raya umum 2008, telah berjanji akan memberi bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menghadiri pendidikan peringkat asas tersebut.

Jelas beliau, manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan.

“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.







No comments:

Post a Comment

Member BSK