Jumlah Pengunjung

Friday, 15 February 2013

Doa sesat PAS kembali Lagi !!!



Doa lima tahun sekali atau lebih dikenali sebagai doa pilihan raya. Doa-doa untuk melihat kehancuran orang Islam menjadi benteng terakhir Pas sering digunakan bagi menunjukkan bahawa mereka sahajalah yang warak dan boleh berdoa. Mereka mengaku tertindas, mengaku dizalimi tapi hakikatnya mereka merupakan golongan yang tolol (maaf) dalam memahami erti tertindas dan dizalimi.

Disebabkan berguru dengan mereka yang tamat belajar, rata-rata penyokong tegar Pas yang terdiri daripada golongan profesional pun terikut menjadi kabur dan tak faham mentafsirkan makna ditindas dan dizalimi. Benarkah puak Pas ditindas? Penulis perhatikan mereka ini tidak pernah dihalang oleh kerajaan untuk melakukan aktiviti harian mereka; beriabah, kerja, menunaikan haji dan sebagainya, kecuali perkara yang melibatkan jenayah. Waima mengadakan demonstrasi yang bertujuan memburukkan kerajaan pun dibenarkan.


Adakah kerajaan membezakan subsidi antara orang Umno dan Pas? Tidak. Adakah bantuan Br1m hanya untuk mereka yang menyokong BN? Tidak juga. Malah merekalah antara orang pertama yang memohon bantuan tersebut disebabkan Pas langsung tak memberi makna kepada mereka.  Begitu juga dengan bantuan kerajaan yang lain, adakah dibezakan keduanya? Pun Tidak. Anak-anak orang Pas tidak dibenarkan masuk universiti awam, betul ke? Lagi tak betul. Parasit-parasit yang makan gaji buta dengan kerajaan, adakah ditamatkan perkhidmatannya? Mana ada. Itu sebahagian soalan-soalan yang menidakkan berlakunya penindasan terhadap Pas. Tunjukkan dimana berlaku penindasan.

Jadi, akibat taksub hendak menawan Putrajaya mereka melaksanakan doa secara kurang ajar. Ini sekali gus menunjukkan mereka sebenarnya jahil dalam amalan berdoa walaupun dibarisi ribuan ulama tersohor. Mereka tidak berani menentang BN secara anak jantan dan profesional. Oleh itu mereka gunakan unsur agama agar dilihat alim dan tawaduk dalam setiap gerak langkah. Doa orang yang kurang ajar tidak dipandang oleh Allah pun yakni tak sopan dalam berdoa. Dari sudut positifnya, doa tersebut sebenarnya mencerminkan watak sebenar Pas (sombong dan bongkak). 

Pas patut malu dengan bangsa lain yang menyaksikan doa tersebut. Inikah amalan orang Islam yang mendoakan kehancuran sesama mereka? Tak berimankah orang-orang Pas? Lihat contah bagaimana semasa pilihan raya presiden Amerika dimana Romney mengucapkan tahniah dan bersalam kepada Obama yang mengekalkan kerusi presiden. Itulah tindakan orang yang bertamadun walaupun tidak mempunyai iman. Dan Pas sepatutnya lebih-lebih lagi  bertamadunnya kerana telah tersedia asas iman. Ini tidak, dahlah iman tak sekuat mana, tamadun pun kurang.

Apa pun, Allah nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia inilah wajah sebenar parti yang konon mendakwa memperjuangkan agamaNya. Hipokrit dalam beragama, hipokrit dalam beribadah dan hipokrit dalam seharian hidup mereka. Pepatah petitih ada menyebut, orang baling kita beri bunga, orang buat jahat kita tetap buat baik. Yakinlah orang yang kerap memberi bunga pasti menang dan disayangi, dan orang yang suka membaling tahi, biarlah mereka bergelumang dengan tahinya. Nescaya mereka juga tak tahan dengan bau tahi tersebut.  



No comments:

Post a Comment

Member BSK