Gua tertarik dgn komen ustaz cina ni iaitu Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, selalu juga gua baca tentang pendapat beliau, ustaz ni yg gua slalu tgok mmpertahankn hak-hak org melayu di tanah melayu ni. Nak ulas panjang pon gua tak pandai, harap lu org baca la kt bawah ni...
Sebagai
seorang Muslim, saya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan
berhubung polisi mengasingkan lelaki dan perempuan dalam isu salon rambut.
Molek benar, lelaki menggunting atau mencuci rambut lelaki, begitulah
sebaliknya, atas alasan mereka sejenis. Tidak batal air sembahyang. Jika
inginkan lebih kelembutan, carilah lelaki lembut, tetapi bukan wanita. Biarlah
wanita berurusan dengan wanita. Saya fikir ajaran agama lain pun mahukan sebegitu.
Tanyalah kaum wanita. Dalam hati mereka sudah tentu ada sedikit perasaan
cemburu jika yang memegang atau mencuci rambut atau badan suami mereka adalah
wanita. Jika wanita perlu mereka yang sedikit ganas untuk mencuci rambut, maka
carilah ‘tomboy’. Dalam maksud, dalam dunia ini kita sentiasa ada pilihan yang
terbaik, sebelum mencari yang kurang baik atau bersubahat. Begitu juga lelaki,
sanggupkah melihat isteri kita dipegang oleh lelaki.
Bukti-bukti
telah menunjukkan apabila lelaki dibiarkan bergaul atau bercampur bebas,,
tendensi untuk berlakunya maksiat adalah besar. Misalnya, rumah urut, Spa dan
sebagainya. Mula-mula mengurut kaki. Selepas itu, lain pulak yang diurutnya.
Maka berlaku perbuatan yang tidak diingini. Sebab itulah, Islam mengingatkan
kita supaya menjauhi zina. Ini juga ajaran semua agama. Cuma Islam lebih
menonjolkan kerana Islam mahu menyelamatkan maruah manusia sebelum hancur.
Justeru,
saya agak teruja membaca berita pada 24 November lalu, apabila kira-kira 80,000
penganut Buddha yang dipimpin Pengasas Kuil Fo Guang Shan di Taiwan, Master
Hsing Yun berkumpul di Stadium Shah Alam, bagi menggalakkan gaya hidup harmoni.
Hsing Yun, mengingatkan penganutnya agar
mengamalkan nilai-nilai murni, menerapkan kasih sayang dan melakukan kebaikan.
Penganut ajaran Buddha harus mematuhi peraturan yakni tidak melakukan kejahatan
seperti berbohong, mencuri, pembunuhan dan kesalahan seksual. Jika mereka mengikut
ajaran Buddha, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berdisiplin dan kukuh
perpaduannya. Pendek kata, semua ajaran mahu menjaga martabat dan maruah
penganutnya.
Di
sinilah PAS perlu melakukan penegasan dalam setiap polisi yang ingin
dilaksanakan. Jangan gentar atau goyah apabila diserang oleh ultra kiasu.
Jangan jadi seperti kucing dan anjing apabila berhadapan dengan ultra kiasu.
Lumrahnya, anjing sentiasa menang, yang kucing sentiasa kalah dan mengalah.
Rakan
laman muka buku saya, bernama Haji Mansuh mengatakan ungkapan persahabatan PAS
dan ultra kiasu ibarat persahabatan antara anjing dengan kucing. Juga disebut
dalam pepatah Melayu. Siapa mereka, lu fikirlah sendiri. Hari ini, anjing
garang itu berjaya menjinakkan kucing. Jika dahulu, kucing begitu berani
mencakar apabila anjing melakukan kesilapan, walaupun saiz badannya kecil. Kini,
tidak lagi. Kucing ini tidak lagi mempunyai kuku, walau pun penampilannya masih
bermisai, berjanggut dan bermata garang, seperti dahulu kala, sewaktu kucing
itu belum berkawan dengan anjing.
Haji
Mansuh turut menimbulkan persoalan, antara anjing dengan kucing, siapa yang
lebih bijak? Analoginya sebegini. Sebagai pemandu kenderaan berenjin, kita
tentu biasa terserempak dengan keadaan dilema anjing dan kucing ketika hendak
melintas jalan. Amat nyata perbedaan tahap IQ diantara dua spesis haiwan ini. Anjing,
bila dia tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan berpatah balik ke bahu
jalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan, untuk mengawasi keadaan yang selamat
sebelum melintas. Bila keadaan dah selamat barulah anjing itu berlari melintas jalan.
Berbeza
dengan senario kucing, bila tersedar ada kenderaan mendatang, ia akan memecut
semahu-mahunya untuk melintas jalan, dengan ‘doa’ moga terselamat. Atau, oleh
kerana terkejut beruk, kucing akan
merendahkan diri, dalam keadaan seolah-olah bersedia untuk menerkam musuh yang
sedang meluru ke arahnya. Bayangkan…apakah akan terjadi kepada nasib kucing. Jawapannya:
Kadang-kadang kucing itu terselamat. Namun, kebiasaannya kucing menggelupur
menemui ajal di atas jalan raya.
Saya
tidak nafikan kadangkala anjing ada yang mati juga di jalan raya, tetapi,
rata-ratanya adalah kucing. Sebenarnya, kedua-dua binatang ada kekuatan
masing-masing. Kucing adalah kesayangan Nabi dan kita semua. Manakala, anjing
amat berguna untuk menjaga keselamatan, walaupun bernajis.
Kata
Haji Mansuh lagi, pelik tapi benar: Saya tak rasa nak marah bila orang panggil
saya anjing, tetapi saya rasa lekeh sangat bila orang panggil saya kucing. Saya
tak tahu kenapa, tapi mungkin para pengikut-pengikut kucing boleh membantu
saya. Dahulu PAS dan ultra kiasu ibarat kucing dengan anjing, tidak boleh
bersama dalam satu sangkar. Namun, kita segalanya berubah. PAS dan ultra kiasu
boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar. Dahulu mereka ini tidak
boleh tinggal sekandang. Tetapi kini, bukan sahaja sekandang, mereka boleh
berpeluk-peluk lebih erat daripada saudara sebangsa dan seagamanya. Apakah
saudara sebangsa dan seagamanya itu, begitu hina berbanding dengan yang tidak
seagama.
Cuma
saya nak ingatkan, Anjing tetap anjing sampai bila-bilapun. Anjing tidak akan
pernah cuba menjadi kucing, tapi kucing tidak pernah serik walaupun kerap kali
anjing telah menggigit dan mencakarnya. Malangnya, kucing tetap mencuba sehabis
daya untuk bermanja dengan anjing. Kucing
masih mahu menumpang tuah anjing.
Kita tidak perlu menjadi anjing
untuk menjadi kuat. Lagipun anjing termasuk dalam najis berat. Biarlah kekal
menjadi kucing asalkan berpendirian. Lagipun kucing banyak kelebihan, ia manja,
cantik, menarik dan tidak seganas anjing. Sebab itu dakwah kucing mudah berjalan
atas sifat-sifatnya itu. Maka tidak hairan Nabi amat sayangkan kucing.
Itu bukan bermakna kita perlu
memusuhi atau membunuh anjing. Kerana pernah berlaku dalam satu kisah, seorang
pelacur masuk syurga, hanya kerana pertolongannya kepada anjing yang begitu
kehausan.
Tidak mengapalah mahu menjadi anjing
atau kucing kerana kedua-duanya adalah makhluk Allah. Apa yang penting kita
mesti tahu siapa diri kita sebenar. Untuk apa kita ciptakan. Apakah matlamat
akhirnya kehidupan? Jika kucing dan anjing sedar diri dan tahu fungsi
masing-masing, InsyaAllah kita selamat. Apa yang penting tetapkan pendirian.
Jangan mudah goyang atau goyah apabila diserang. Kecilnya saiz kucing bukan
bermakna kita lemah. Pendirian kita, kita tidak akan menyerang jika tidak serang,
tetapi kita tidak akan menyerang tanpa tentangan.
No comments:
Post a Comment