Kalau dilihat
dari gayanya, memang nampak ‘cool’ saja. Maka memang sukarlah hendak
percaya dengan apa yang akan diperkatakan mengenai seorang penyanyi
lelaki terkenal ini.
Penyanyi
terbabit dikatakan memakai ‘sesuatu’ untuk kepuasan diri di ranjang. Apa
yang pastinya ia bukanlah berkaitan dengan pil viagra atau gambir
Sarawak, tetapi sesuatu yang bersifat kekal dan berbentuk fizikal.
Dalam ruangan
gosip sebuah akhbar tabloid hari ini menyebut cerita berkenaan timbul
apabila seorang wanita mendakwa dia pernah ada skandal dan meniduri
penyanyi lelaki itu. Namun yang tidak sesuai, diceritakannya pula kepada
rakan-rakan lain perbuatan itu dengan rasa bangga.
Kata sumber,
wanita berkenaan berkata, dia terkejut apabila penyanyi lelaki terkenal
itu rupanya menindik bahagian sulitnya dengan bebola besi.
Tidak hairanlah
ramai peminat wanita begitu tergila-gilakan penyanyi itu dan dia
sendiri asyik bertukar pasangan dari semasa ke semasa.
Tak tahulah
sama 'perbuatan' ini memang sudah jadi trend masa kini, atau pun telah
lama dipraktikan ramai orang sejak dulu lagi - pasang bola besi untuk
kepuasan di ranjang?
Tapi diharapkan
penyanyi itu akan sedar dengan perbuatannya itu kerana ia sesuatu yang
salah dilakukan kerana ia bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri,
malah cuba mengubah ciptaan asal ke atas tubuh badannya itu.
Kalau rasa
tidak boleh sangat menahan nafsu kahwin saja cepat-cepat demi
menghindari seks di luar nikah yang nyata salah di sisi agama.
No comments:
Post a Comment