Jumlah Pengunjung

Thursday, 27 December 2012

TERGAMAK NIK AZIZ SUSUKAN ORANG KAFIR... RAKYAT KELANTAN KELAPARAN !!!




Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan memberi tanah balak lebih 4,000 hektar(10,526 ekar) di Relai, daerah Chiku, Gua Musang kepada pemimpin DAP yang didakwa kerana kepentingan politik pembangkang.

Kerajaan Pas sepatutnya membela nasib rakyat yang miskin bukan mengkayakan pemimpin cina DAP. Walaupun Kelantan kaya dengan hasil bumi seperti kayu balak tetapi negeri Kelantan lebih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain. Rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain demi mencari rezeki untuk hidup. Rakyat Kelantan juga rasa bersalah kerana seolah-olah merampas rezeki rakyat dinegeri lain demi untuk hidup.

Tanah yang diberikan kepada pemimpin cina DAP iaitu Nga dan Ngeh mampu menyelesaikan masah kemiskinan kepada lebih 3508 keluarga miskin dengan pendapatan lebih RM2000.00 sebulan jika tanah tersebut diberikan kepada mereka. Tetapi kerajaan negeri lebih memilih untuk mendapat wang secara segera dengan memberi tanah tersebut kepada syarikat kroni sedangkan penduduk Kelantan ramai berada di bawah paras kemiskinan.

Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) juga berpendapat tanah balak itu sepatutnya digunakan untuk manfaat lebih sejuta penduduk negeri berkenaan, terutama penduduk miskin. Tetapi hak rakyat Kelantan dinafikan dengan memberi tanah kepada pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya.

Presidennya, Datuk Dr Noordin Ab Razak, berkata anak Kelantan yang bekerja keras di perantauan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri itu dengan membawa balik rezeki ke kampung halaman mereka.

“Janganlah segala perkara dilakukan hanya berkaitan dengan kepentingan kepartian, sebaliknya nasib rakyatlah yang harus dibela dan diberi keutamaan,” katanya  sambil mengakui dakwaan itu mengejutkan banyak pihak, semalam.

"Saya percaya politik mampu melakukan apa sahaja walaupun mengambil hak rakyat," katanya lagi.

Pendedahan yang dibuat oleh YB Dato Hamidah ketika sidang Dun negeri Perak memperlihatkan rakyat Pas sekali diperbodohkan dengan menyiarkan beberapa gambar kononnya pemimpin Pas zuhud, berjiwa rakyat tetapi dalam diam hak dan maruah rakyat Kelantan digadai begitu mudah. YB Dato Hamidah kemudian diugut oleh Nga Kor Ming menunjukkan pemimpin DAP sudah terlalu takut dengan pendedahan ini.

Ada juga pemimpin Pas melalui blog-blog mereka sanggup memaki hamun YB Dato Hamidah kerana mendedahkan semua ini kepada rakyat.
Pemimpin Pas cuba mengalih pandangan dengan menuntut royalti minyak yang belum pasti sedangkan di negeri Kelantan mempunyai hasilbumi seperti balak dan mempunyai tanah yang subur yang cukup banyak mampu menjana ekonomi untuk rakyat negeri Kelantan. Tetapi sayang pemimpin Pas lebih gemar berpolitik menghentam kerajaan pusat dan gimik membina lebuhraya dengan derma rakyat, semua ini dibuat hanya untuk kepentingan politik 


No comments:

Post a comment

Member BSK