Jumlah Pengunjung

Monday, 24 December 2012

BUKTI PENGUNDI MUDA SEMAKIN KUAT MENYOKONG BARISAN NASIONAL !!!





Pengundi muda yang menjadi tonggak untuk menjayakan matlamat negara maju menjelang tahun 2020 kini semakin memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, mereka menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan UMNO dan BN untuk terus menerajui negara ini dengan jaminan nasib pelbagai kaum dibela agar terus mengecap masa depan yang lebih baik.
Katanya, melalui proses transformasi yang digerakkan oleh kerajaan BN demi untuk kesejahteraan menyeluruh rakyat dapat dilihat melalui pelbagai pelaksanaan dan diterjemahkan melalui Bajet 2013 yang meliputi kepentingan semua golongan.
“Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda," katanya yang merujuk kepada ramai bilangan anak muda setempat yang menyambut ketibaannya.
Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap dalam majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini, hari ini.
Kira-kira 10,000 orang hadir pada majlis itu. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan para pemimpin negeri serta setempat.
Menurut Muhyiddin, BN akan terus memastikan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal daripada perhatian kerajaan jika BN kekal terus diberi kepercayaan untuk kekal memerintah.


No comments:

Post a comment

Member BSK