PERGGHH...! AMK PKR Kota Raja Kantoi Rakam Aksi Seks Bersama GRO Indon
Masyarakat Melayu hari
ini dilihat memang banyak berubahnya berbanding zaman tradisi dan
sebelum merdeka. Apatah lagi dengan facebook, twitter, whatsApp...dan
macam-macam lagi sehinggakan penulis yang menganjak ke pertengahan 40-an
ini pun agak 'kebingungan'.
Itulah, kadang-kala kita
rakyat Malaysia 'kebingungan' juga dengan gelagat segelintir pemimpin
parti politik yang asal ado, 'belasah aje' ikut suka mereka sahaja.
Lebih dahsyat lagi,
mereka sama ada lupa (ini pasti tidak boleh diterima dek akal) atau
sengaja enggan mengaku yang kesejahteraan, keamanan malah kemajuan
negara yang turut sama dinikmati oleh mereka adalah hasil kepimpinan
dari bangsa Melayu sendiri....
Kalau bangsa Melayu tidak
boleh dibanggakan, manakan mungkin negara kita mampu mencapai
kecemerlangan hinggakan menjadi antara negara contoh di dunia.
Kalau kita berkahwin pada
1990 dan dikurniakan rezeki 'bunting pelamin', anak kita sudah besar
panjang dah. Kalau seorang individu menguasai sebuah pemerintahan
kerajaan negeri pada tahun sama, sudah 22 tahun lah dia berada di
pejabatnya. Itu sudah tempoh yang cukup lama itu untuk membawa perubahan
kepada sebuah negeri.
Tetapi ternyata si polan ini gagal....!!
Kalau 22 tahun dulu air
paipnya keruh, sekarang air paipnya tetap keruh. Kalau 22 tahun dulu
kadar pengangguran tinggi, sekarang pun kadar penganggurannya tetap
tinggi. Kalau 22 tahun dulu negeri itu mundur, sekarang ternyata ia
tetap mundur....
Malah semakin jauh
ditinggalkan ke belakang. Itulah kalau masih ada persepsi tidak mahu
mengaku kelemahan diri atas alasan 'kami kaya dengan tanah...anda di
negeri lain...ado.'
Ramai menganggap si polan
ini hanyalah jaguh mengumpul khalayak. Tetapi bukan dalam memajukan
taraf hidup mereka. Namun, ramai juga enggan memperakukan suara hati
diri sendiri, dek 'takut' tidak ke 'syurga' olahan parti berkenaan.
Senjata si polan ini cuma ketaksuban sesetengah pengikutnya yang
membabi-buta.
Di kala Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) menjadi teras kepimpinan era sekarang - khususnya empat
tahun kebelakangan ini - indeks prestasi si polan tadi tidaklah
terkandung sebarang angka mengagumkan.
Menggunakan semaksimumnya
agama demi untuk survival politik merupakan perkara yang cukup
menjengkelkan!. Tetapi inilah agaknya yang dibanggakan oleh 'si polan'.
Sepatutnya agama dijadikan panduan kehidupan, bukan aset untuk mengumpul
pengikut dan pengaruh.
Dan suatu ketika kerana
sudah lebih 20 tahun memerintah tak berbuat apa pun, 'alih- alih' dek
demam pilihan raya umum yang kian hampir, sudah menggelabah tak
bertempat. Lantas bergendanglah dia ke merata negeri.
Mencanang mahu dibina
satu lebuh raya yang di'promosikan' sebagai 'lebuh raya rakyat'. Kosnya
bukan sedikit, RM1.8 bilion menghubungkan Lebuh Raya Kuala Krai- Kota
Bharu (anggaran kos ketika ini). Dinamakan "lebuh raya rakyat" dengan
harapan rancangan itu "dekat dengan jiwa" rakyat, maka lantas ditadahkan
tangan meminta sumbangan rakyat.
Wah! memang hebat
rancangan bina lebuh raya itu. Ada laluan untuk binatang buas lagi.
Tetapi apa sudah jadi dengan sebuah jambatan yang penulis fahamkan
dikenali jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996. Ia
tak terusik lagi. Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas
untuk membina jambatan Palekbang- Kampung Cina. Batu asasnya masih ada
di situ. Tapi tulisannya yang tertera nama projek, sudah tak ada lagi.
Diam tak diam, bukan
parti itu bina jambatan sebaliknya parti saingannya pula yang membina
jambatan di sebuah kampung (kalau tak silap penulis bernama Kampung
Sireh) untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Baru.Itu baru soal
pembangunan untuk diperleceh parti berkenaan.
Bab agama lagi
dahsyat..... Tak ada langsung rasa simpati dengan keluarga yang
berpecah- belah hanya kerana hasutan politik dan sebuah 'amanat'.
Tidakkah si polan tadi
berasa berdosa kerana sanggup bersama mereka yang memusuhi Islam. Dan
hanya kerana dendam kesumat menafikan sungguh-sungguh parti pesaing yang
terbukti berjaya memajukan bukan sahaja umatnya tetapi kaum-kaum lain.
Setelah ini semua
menyebabkan orang Melayu terluka dan tersiat hati mereka apabila sanggup
pula melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Dan tidak
berbangga dengan Melayu. Apabila 'disentap' parti sekutu', semua maklum
dan rasanya hampir semua orang tahu apa jawapannya setiap kali 'dipukul'
oleh 'penyerangnya' soal hudud yang hendak sangat dipraktiskan.
Kita tidak tahu sampai bila titik noktahnya si polan ini mahu membohongi diri sendiri, umat Melayu dan kaum-kaum lain.
Berterus-teranglah.Kepada
pengikut sendiri. Beritahulah kebenaran '... ini adalah modal untuk
parti dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun".
Kalau penyokong parti
pesaing tanya, ini alasan dia - perlembagaan tak benarkan, kalau parti
sekutu tanya ini alasan dia - 'si dia' tak faham...
Kalau orang parti sekutu yang satu lagi tanya, ini jawapannya - 'tak nak pemimpin dia pun kena'.
Kalau tidak mahu tarik 'amanat' yang memusnahkan persaudaraan sesama Islam itu, tak mengapalah.
Tapi...tapi....tapi tak perlulah beri bermacam alasan. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Cukup-cukuplah Hadi...!
No comments:
Post a Comment