Jumlah Pengunjung

Sunday, 23 December 2012

KRISTIAN DAP BERJAYA MENGKAFIRKAN PEMIMPIN2 DAN AHLI2 PAS !!!




Berdasarkan keputusan pemilihan anggota CEC yang baru kita semua sedar betapa DAP sendiri tidak mengamalkan Malaysian Malaysia , disebalik sikap mereka yang rasis,ultrakiasu dan chauvanis  banyak kali pendedahan oleh penulis Blog Halen Ang mengenai peranan gerakan kristian evengelis yang kuat didalam DAP. :klik sini dan sini 

Portal Stop The Lies dalam artikelnya turut mendedahkan penglibatan DAP disebalik satu gerakan kristian dijadikat platform untuk menghentam kerajaan BN:
Hiding Behind Christianity to Campaign for Pakatan!


  Gua tertarik dengan pendedahan blogger Helen Ang dan STL,dakwaan blog dan portal  dalam beberapa artikel mengenai avengelis DAP memang benar .

Berdasarkan Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012 - 15 dari 20 org anggota CEC Dap adalah Kristian. Kenapa?

LIM KIT SIANG  -1607    k

LIM GUAN ENG -1576 k

KARPAL SINGH - 1411

CHONG CHIENG JEN- 1211    k

LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202 k

WU HIM VEN (VINCENT) - 1202 k

TAN KOK WAI -1199    k

GOBIND SINGH DEO - 1197

PUA KIAM WEE (TONY)- 1162 k

TENG CHANG KHIM- 1152 k

FONG KUI LUN- 1137 k

NGA KOR MING -1075     k

CHONG ENG- 1006 k

CHOW KON YEOW- 986 k

LIEW CHIN TONG- 984

M. KULA- 984

BOO CHENG HAU- 958

KOK SUH SIM (TERESA) -925 k

TEO NIE CHING -903 k

NGEH KOO HAM - 824 k

K = Kristian



DAP yang semua orang tahu sebuat parti yang rasis,chauvanist dan ultra kiasu adalah produk daripada parti PAP. Sebuah parti yang ditubuhkan oleh Lim Kuan Yew. Didalam politik Malaysia kita gagal untuk melihat siapakah sebenarnya DAP yang dipimpin oleh dinasti Lim anak beranak.


Ramai yang hanya mengenali DAP sebagai sebuah parti yang pro kepada bangsa cina,tetapi sebenarnya ramai yang gagal untuk melihat DAP adalah satu gerakan kristian ekstremis yang boleh disamakan dengan Taliban di Afganistan.


Jika DAP benar benar memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa cina,mengapa secara dominannya dalam banyak pilihanraya umum MCA,Gerakan dan SUPP mendapat sokongan yang tinggi daripada masyarakat tionghua.Kegagalan kita untuk melihat siapakah DAP menjerumus kepada syak wasangka terhadap rakan kita MCA,Gerakan dan SUPP yang banyak menyokong BN selama ini.Sejak dari dulu PRU 1956,hinggalah sebelum 1969,seterusnya hinggalah 2008 rata rata kerusi yang dimenangi oleh calon MCA,Gerakan dan SUPP turut mendapat undi daripada masyarakat tionghua.


Parti berteraskan kaum tionghua terperangkap dalam jerat politik perkauman dan ekstremis agama hingga kebelakangan ini dilihat seperti senada dengan DAP.Sedangkan MCA memperjuangkan hak kaum cina lebih banyak daripada DAP,sebagai contohnya peruntukan kepada sekolah cina setiap tahun tidak pernah kurang daripada RM10juta malah turut pernah dicatatkan peruntukan lebih daripada itu.Tetapi atas permainan persepsi, yang peliknya DAP pula dilihat menjurai dalam isu sekolah cina sedangkan mereka setakat ini hanya menyumbangkan 5juta melalui kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh mereka yang tidak sampai satu penggal.


Mengapa dan kenapa sokongan beralih arah?Ia tidak berlaku dengan sekelip mata sahaja.


Terperangkap didalam permainan DAP memperlihatkan bagaimana orang melayu sendiri gagal untuk mengenali rakan mereka didalam BN. Ya,sememangnya diakui adalah sedikit sebanyak sana sini berlaku percangahan pendapat ,tetapi biasalah dalam satu keluarga pasti ada yang boleh diselesaikan secara sefahaman yang baik.Apabila melihat sokongan kaum tionghua beralih arah kelompok melayu didalam BN berasa amat kecewa.



Dilema kaum tionghua sebenarnya mereka tidak dapat tidak untuk menolak tawaran dan janji retorik seperti sama rata dalam semua segi yang sememangnya bercanggah dari perlembagaan negara yang pada mulanya digarap dari perlembagaan ala British kemudian diubah mengikut kesesuaian demografi kaum di Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Lord Reid .


Kemudian digubal semula oleh kerajaan Perikatan yang kini menjadi BN mengikut hukum hukum Islam Qisas dan Takzir menjadikan Islam agama rasmi,raja berpelembagaan,bendera Malaysia dan hak bumiputra.Kerakyatan kepada bukan melayu,bebas beragama dan bebas menjalankan kegiatan ekonomi.


Kelicikan DAP dalam memainkan sentimen perkauman dan rasis semata mata untuk menutup gerakan ekstremis Kristian yang begitu kuat didalam parti ini. Lim Kit Siang Guan Eng(Father Joseph) anak beranak, Karpal anak beranak.Ngeh dan Nga(Pastor), Jeff Oii,Teresa Kok,Anthony Loke,Tony Pua dan ramai lagi.


Satu lagi contoh adalah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme sementara Exco Selangor, Ronnie Liu campur tangan dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan merampas arak di kedai serbaneka di kawasan penduduk majoriti Islam.


Gerakan kristian ekstremis didalam DAP sudah lama bertapak semenjak tertubuhnya DAP.Namun gerakan ini nampak makin ketara dan lebih vokal selepas PRU12 dan makin agresif ketika kempen di Sibu. Gerakan misionari DAP turut menghasut Kristian Katolik dan DAP turut menghasut Father dan Bishop mazhab Anglican, SIB, Methodist, SDA dan asakan ini berlaku cukup hebat semasa Pilihanraya negeri Sarawak.


Kempen di Sibu telah menyaksikan eletis sidang Injil DAP turut menampilkan dua orang PKR Chua Jui Meng(bekas MCA) dan Tan Kee Wong anak kepada David Tan Chee Khoon(ex Gerakan) bergabung ,dalam kempen mereka mengunakan Al-Kitab sebagai dalil bahawa gerakan mereka ini adalah sebahagian perjuangan suci kristus,kata kata seperti 'hand of god' (tangan tuhan)yang mengerakkan DAP agar memerangi Barisan Nasional dan dalam masa yang sama menyerang pengundi Cina yang menolak tuhan Yesus Kristus.


Cara mereka berkempen sebelum ini amat berlainan,namun sekarang ini gerakan misionari didalam DAP lebih mirip kepada PAS yang mengeksplotasi Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Begitulah DAP mengunakan Al-Kitab dan Kristus sebagai alat untuk meraih sokongan. Misonari Kristian DAP mengimpikan Sabah dan Sarawak sebagai serambi Kristian seperti mana PAS mengelar Kelantan sebagai serambi Mekah.


Anwar Ibrahim membawa pluralisme dan liberalisme didalam perjuangannya.Bagai dipucuk ulam mendatang,kesemua ini amat selari dengan kehendak eletis DAP yang menjadikan agama sebagai alat politik.Manakala PAS pula sudah terbuka dan liberal apabila turut membuka keahliannya kepada bukan Islam(Pas For All). 2 entititi politik melayu dan Islam menjadi pemudah cara buat DAP untuk meneruskan agenda mereka.:
klik sini

Sebab itulah hampir setiap minggu kita dapat melihat bagaimana Lim Guan Eng,Nga ,Ngeh atau pun Teresa Kok tidak punyai masaalah untuk memberi khutbah digereja dan sudah dilihat sebagai satu amalan yang biasa pada pandangan mata masyarakat kristian.


Sibu menjadi permulaan gerakan misionari DAP ini memulakan kempen,mereka meletakkan diri mereka seperti Anglo Saxon yang mewarisi sikap kolonial yang akan bermuka muka,merendah diri dihadapan masyarakat tempatan,dan melihat kaum cina bukan kristian sebagai kelompok kelas kedua dan kekampungan.Kita dapat melihat bagaimana pemimpin DAP yang bukan beragama kristian diketepikan dan dilayan kelas kedua didalam parti seperti mana berlaku terhadap M Kulasegeran dan bekas Adun DAP (Malim Nawar) yang menjadi bebas Keshvinder Singh dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong



Ceramah DAP banyak mengunakan petikan dari kitab Bible sama seperti yang diucapkan didalam khutbah didalam gereja ,kata kata seperti 'menukarkan dari air biasa menjadi arak wine','tangan yang mengundi adalah tangan tuhan yang membawa kita ke Putrajaya". Kesemua ini persis dakwah mengunakan agama sebagai alat politik sepertimana yang dilakukan oleh PAS yang menjanjikan syurga dan pahala kepada pengikut pengikutnya.


DAP Perak menyokong penuh dengan keputusan CEC yang mendesak agar DAP Terengganu untuk keluar daripada barisan alternatif dan meletak jawatan lantikan jika ketika itu PAS mahu meneruskan pemerintahan secara Islam di Terengganu dan seterusnya jika memerintah negara ini pada pasca PRU 1998.


Tidak lama dahulu James Ngeh Khor Ham tidak mahu apa apa kaitan dengan PAS jika Kristian hanya dijadikan sebagai watak tempelan,Sekiranya negara Malaysia tidak lagi mengamalkan sekularisme beliau lebih rela melihat Malaysia menjadi sebuah negara Kristian daripada menjadi sebuah negara Islam sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS.


Di Perak pasca PRU12,kita dapat melihat bagaimana keenganan DAP untuk memberikan kerusi menteri besar kepada wakil rakyat melayu Islam sehinggalah persetujuan dan perjanjian Pangkor 2008 tercapai apabila PAS bersetuju menjadikan Nizar sebagai proksi kepada Ngeh dan Nga.



Kita dapat melihat satu lagi contoh bagaimana DAP membelakangkan PAS didalam kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mengenepikan Salleh Man Adun PAS daripada menyertai barisan exco kerajaan negeri.


Kita dapat melihat bagaimana gerakan misionari menjalankan peranan atas percaturan oleh DAP untuk memainkan sentimen kebencian agama semasa pilihanraya negeri Sarawak.DAP menghantar lebih 30 mubaligh kristian dari Pulau Pinang ke Sarawak untuk menghasut mengenai isu Al-kitab sedangkan ketika itu kerajaan pusat sudah pun menyelesaikan polimik Al-kitab.:
klik sini

Inilah realiti bagaimana DAP berjaya berdakwah keatas PAS. PAS sebenarnya lebih kepada syok sendiri perasaan perasan ,sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka dipergunakan oleh DAP untuk menjayakan agenda kristus mereka.


Satu contoh klasik bagaimana kalangan ultra kiasu yang minoriti dinegara ini mengambil peranan sebagai majoriti apabila umat Islam dan melayu berpecah belah kepada 4 iaitu Umno,PAS,PKR dan atas pagar.Dalam masa yang sama Guan Eng dengan beraninya menuduh jika dua parti politik melayu bersatu maka ia adalah satu pakatan yang rasis:
klik sini


"  kita pertahankan hak bangsa melayu dan kesucian Islam akan dituduh sebagai rasis dan perkauman..kalau DAP hentam hak orang melayu dan Islam akan disambut takbir oleh PAS"

No comments:

Post a comment

Member BSK