Jumlah Pengunjung

Saturday, 29 December 2012

ZIZAN RAZAK LUDAH PINTU MASUK TV3 !!!



Teman agak terkejut apabila kelibat Zizan Maharaja Lawak Mega muncul bersama-sama demontrasi di "Ride Bantahan" di hadapan Pejabat TV3 kelmarin.  Zizan membuat kejutan apabila muncul ketika 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berdemo di hadapan TV3 hari ini dan Zizan kelihatan memegang kertas 'Tolak AES'.  Para pendemontrasi yang didakwa seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.  Alasannya menggelar penunggang motorsikal sebagai pelesit.

Difahamkan Mazidul telah memohon maaf terhadap kekhilafan yang dibuat di Majalah 3.    Teman tak nak komen mengenai isu Mazidul ini, cuma disebalik demontasi ada agenda politik tertentu bergerak seiring.  Teman pun pelik, disebalik demontrasi tersebut, ada pulak kempen "Tolak AES" yang Zizan terlibat memegang kertas "Tolak AES".  Secara umumnya, semua orang mengetahui siapa mengetuai "kempen Tolak AES atau "Kempen Anti Saman Ekor" (KASE), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.  Harus diingat bahawa Slogan Kempen Anti Saman Ekor ini adalah 1 Saman AES, 1 Malaysia Tolak BN.Jadi, teman harap kome dapat meneka siapa dalang disebalik demontrasi ini.

Tidak dinafikan, Zizan sering muncul dipentas-pentas ceramah anjuran PAS bergandingan dengan Ustaz Pelawok PAS Azhar Idrus.  Jika dilihat kewajaran Zizan yang mencari makan dengan TV3 dan sama-sama menyertai demontrasi tersebut adalah memalukan.  Tetapi adalah tidak menghairan Zizan sebenarnya adalah senada dengan PAS hasil dari tindak tanduk Zizan kebelakangan ini.

Cuma Zizan dah terlupa untuk menjemput Ustazah Segera Abby Abadi untuk turut sama mengeluarkan fatwa-fatwa mengharamkan sumber rezeki daripada TV3 yang deme dapat sebelum ini.  Teman menjangkakan, Zizan akan menjadi Ustaz Segera PAS yang baru yang akan mengeluarkan beribu-ribu lagi fatwa dan akan diberi Syurga PAS oleh Nik Aziz.
 

No comments:

Post a comment

Member BSK