Pemimpin PAS Chiku Gua Musang, ustaz Zulkifli dan ketua pemuda Pas Dun Paloh, Ustaz Rizuan Ali adalah antara individu yang paling apabila mendapat tahu tanah ini sudah diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.
Tanah ini
mereka telah usahakan sejak tahun 1990 oleh penyokong PAS di mukim
Relai, Gua Musang, Kelantan. Mungkin antara alasan Nik Aziz sebagai
menteri besar Kelantan, kawasan Gua Musang bukan kawasan yang dimenangi
oleh Pas jadi sekiranya mereka menggadaikan tanah tersebut pun Pas tidak
akan rugi.
Lagi pula Tengku Razaleigh Ahli Parlimen Gua Musang juga menghormati Nik Aziz sebagai Tok Guru' mestilah apa yang dibuat oleh seorang yang digelar 'Tok Guru' tidak berunsur rasuah.


Syarikat Upayapadu sebenarnya 100% saham adalah milik Ngeh Koo Ham.
Rakyat Kelantan
sewajarnya bangun untuk menentang kemungkaran yang telah dilakukan oleh
pentadbiran Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan. Samada Nik Aziz
tahu atau tidak transaksi ini terpulang tetapi sebagai menteri besar
beliau perlu bertanggung jawab.
Demi untuk menyelamatkan bosnya Nizar Jamaluddin terpaksa berhempas pulas memberitahu dewan kononnya terdapat 606 ekar balak di keluarkan di Pengkalan Hulu.
Mana lebih besar 10,526 ekar dengan 606 ekar
No comments:
Post a Comment