Jumlah Pengunjung

Saturday, 29 December 2012

PUTING BELIUNG MENGGANAS LAGI DI US !!!


ALABAMA 26 Dis. - Beberapa siri puting beliung melanda selatan Amerika Syarikat (AS), membawa bersama ribut dan angin kuat yang merosakkan kediaman serta menyebabkan lebih 100,000 penduduk terpaksa bergelap ketika meraikan sambutan Krismas, semalam.

Dalam masa yang sama, beberapa bahagian di barat tengah AS pula berdepan hujan ais dan keadaan tidak menentu, berikutan kehadiran ribut dengan angin berkelajuan yang sama dengan puting beliung.

Tiga kematian dicatatkan di AS berikutan kejadian tersebut, manakala berpuluh-puluh lagi mangsa cedera dan terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di tempat selamat, terutama di Alabama dan Louisiana.

Seperti diramal, beberapa kawasan di Alabama dilaporkan mengalami cuaca tidak menentu sepanjang hari dan amaran puting beliung dikekalkan sehingga malam tadi.

Di Houston, Texas, seorang pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut, selepas kenderaannya dihempap sebatang pokok, awal pagi semalam.

Seorang lelaki berusia 53 tahun pula terbunuh di utara Louisiana, apabila sebatang pokok menghempap kediamannya.

Sementara itu, keadaan jalan raya yang licin diselimuti ais menyebabkan 21 buah kenderaan berlanggar di Oklahoma, menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun terbunuh berdekatan Fairview, lewat malam tadi.

Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya tiga puting beliung dilaporkan melanda Texas, walaupun hanya sebuah bangunan dilaporkan rosak.

Laman web FlightAware.com berkata, lebih 500 penerbangan di seluruh negara terpaksa dibatalkan menjelang petang semalam. - AGENSI





No comments:

Post a comment

Member BSK