Jumlah Pengunjung

Friday 25 January 2013

PKR Selangor Halau Peniaga Melayu !!!



Hasrat seorang pemilik sebuah restoran untuk meneruskan perniagaan milik keluarga yang dibina sejak 13 tahun lalu akhirnya berkecai setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa mengarahkan dia mengosongkan premisnya berkuatkuasa hari ini.

Pengurus Restoran D'Selat di Pelabuhan Klang, Norilhalmi Abu Bakar, 28, mendakwa, notis tersebut diterima daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi sepucuk surat bertarikh 18 Januari lalu meminta beliau mengosongkan premis tersebut yang bertempat di Pelabuhan Klang di sini, tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau mendakwa, MPK turut enggan membayar sebarang pampasan meskipun pihaknya telah mengeluarkan peruntukan sendiri berjumlah RM500,000 bagi membangunkan kawasan restoran seluas 1.2 hektar sejak 1999.

"Berdasarkan perjanjian asal menerusi sepucuk surat pada 12 Jun 2006, MPK telah memberi kelulusan kepada kami untuk penyewaan ruang niaga di kawasan ini selama 30 tahun dengan kenaikan kadar sewa tidak melebihi 20 peratus bagi setiap tempoh tiga tahun.

"Namun perjanjian itu telah berubah pada 2008 apabila MPK hanya bersetuju memberi sewaan untuk tempoh tiga tahun sahaja dengan kenaikan sewaan sebanyak RM10,000 sebulan berkuat kuasa 15 Mac 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norilhalmi berkata, kadar sewa tersebut kemudiannya meningkat kepada RM12,000 sebulan setelah MPK bersetuju dengan rayuan pihaknya melanjutkan tempoh penyewaan sehingga 31 Disember 2012.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan MPK yang tidak memberikan sebarang alasan berhubung arahan pengosongan tapak premis itu selain tidak mahu memberikan sebarang pampasan sedangkan pihaknya membuat pelaburan begitu besar menggunakan modal sendiri untuk menaik taraf infrastruktur di premis berkenaan.

"Sepatutnya, usaha menaik taraf infrastruktur serta kemudahan premis terbabit adalah di bawah tanggungjawab MPK. MPK hanya memberikan alasan arahan pengosongan tersebut adalah untuk tujuan perniagaan, sedangkan selama ini pun, kita sememangnya menjalankan perniagaan," tegasnya.

Sementara itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mengutuk tindakan kerajaan negeri menerusi MPK itu yang dilihat seolah-olah satu cubaan untuk menghalau usahawan bumiputera di negeri ini.

Empat NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) serta Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang).

Jurucakap NGO berkenaan, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan MPK itu membuktikan sikap sebenar kerajaan negeri yang tidak menepati janji untuk membantu membangunkan ekonomi bumiputera seperti tercatat dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

"Dalam manifesto tersebut kerajaan negeri menjanjikan untuk memberikan galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum, namun melihat daripada kerajaan ini, janji itu tidak dilaksanakan. Malah di seluruh Selangor kita difahamkan tidak juga dilakukan.

"Dalam kes pemilik restoran ini, kita lihat MPK mengenakan sewa berlipat kali ganda kepada pemiliknya iaitu daripada RM1,500 sebulan pada 2003, RM1,800 sebulan (2006), RM10,000 (2009) dan RM12,000 sebulan pada 2012," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK