Jumlah Pengunjung

Thursday, 24 January 2013

Mengapa NIK AZIZ Hina NABI MUHAMMAD S.A.W !!!



Sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut hari ini, 1434 Hijrah, bagi memperingati peristiwa Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. utusan Allah S.W.T yang terakhir dilahirkan kedunia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta mengingati dan memperbanyakkan amal ibadah dan mengikut sunah-sunah yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Namun masih terdapat seorang pemimpin yang mengecam serta melarang kita memperingati peristiwa yang sangat bersejarah tiada tolok bandingnya. Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak kenyataan beliau yang lalu


Dalam video tersebut Nik Aziz menerangkan, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul.

Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan.

Dalam ucapan Nik Aziz, yang gemar dipanggil Tuan Guru Besar, sambutan Maulud Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz sekali lagi berkata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia, maka kita tidak perlulah beria-ria menyambut hari jadi Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS.

Nik Aziz mengecam perarakan dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim. Nik Aziz membenarkan orang berhimpun di Bersih 1 Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan-himpunan Kebangkitan Rakyat,dan seterusnya di Himpunan 1 Juta 12 Januari lalu, itu semua boleh, malah keganasan serta pelanggaran undang-undang sivil turut dibenarkan. Namun Nik Aziz mengecam mereka yang berarak dan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa sudah terlalu benak akal pikir si tua ini?


Alhamdulillah, Ustaz Kazim tampil dan memberi penjelasan dan mempertahankan sebab-sebab dan munasabahnya mengapa ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. harus diperingati. Moga tidak ada yang terpesong dan masih mengikut ajaran Tuan Guru Besar Nik Aziz.

Apapun, aku dan rakan2 blogger kerajaan menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak.



No comments:

Post a Comment

Member BSK