Jumlah Pengunjung

Tuesday, 29 January 2013

Kami Akan Tuntut Hingga Akhirat !!!



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sekali lagi akan berdepan tindakan saman apabila seramai 50,000 warga emas dijangka memfailkan saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, tindakan saman yang menuntut jumlah caruman berjumlah RM1.25 bilion daripada kerajaan negeri itu akan dibuat secara berperingkat.
Beliau berkata, saman pemula akan dibuat pada minggu hadapan oleh 2,000 warga emas yang telah berdaftar melalui peguam yang dilantik iaitu firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners.
"Kita akan membantu warga emas menuntut caruman mereka hingga ke lubang cacing kerana mereka telah ditipu dan dieksploitasi oleh pakatan pembangkang untuk menang pada PRU-12 di Selangor.





No comments:

Post a comment

Member BSK