Jumlah Pengunjung

Tuesday 29 January 2013

Nik Aziz Di Rasuk IBLIS !!!



UMNO Kelantan menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menjadi mangsa kepada sebuah parti yang mengamalkan politik sempit biarpun beliau berusaha untuk menegakkan Islam tanpa mengira sempadan politik mahupun negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, alasan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas untuk memecat Nasharudin kerana kerap tidak menghadiri mesyuarat tidak masuk akal sama sekali.
Beliau berkata, pihaknya percaya ada alasan lain yang mendorong majlis tersebut membuat keputusan yang mengejutkan itu.
"Nasharudin adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang dihormati di negara ini tetapi disebabkan Pas mengamalkan fahaman politik sempit, beliau telah dipecat.
"Beliau dipulaukan oleh partinya apabila cuba untuk merapatkan hubungan di antara UMNO dan Pas kira-kira dua tahun lalu bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan isu berkaitan dengan Islam dan beliau juga tampil ke hadapan untuk menyatukan Pas dan UMNO ketika Islam diancam serta umat Melayu berpecah belah.
"Namun amat malang, Nasharudin dimaki hamun dan dituduh sebagai pengkhianat oleh pemimpin tertinggi Pas. Apabila beliau menunaikan haji dan melawat Gaza bersama Perdana Menteri, Majlis Syura Ulama memecatnya tetapi orang yang bersekongkol dengan Lim Guan Eng yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu diberi tempat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, di sini hari ini.





No comments:

Post a Comment

Member BSK