Jumlah Pengunjung

Thursday 24 January 2013

POLITIK NIK AZIZ Sampai ke Lobang Kubur !!!



POLITIK AWET MUDA DR. MAHATHIR DAN NIK AZIZ


Walaupun usianya sudah mencecah 88 tahun, tetapi beliau ditakuti kerana berdaya untuk mengembalikan kuasa 2/3 BN dalam pilihan raya ke 13.



Maka itu seluruh kekuatan pembangkang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sasaran utama serangan mereka.



Media pembangkang mensifatkan Dr. Mahathir sebagai biadap, buta sejarah, pengkhianat negara, penjual negara dan lebih buruk lagi sebuah akhbar Cina menuduhnya "berfikiran pengganas."



Ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir semakin ke hadapan, semakin keras suara tentangan parti-parti Pakatan Rakyat dengan disertai bersama penulis-penulis dari akhbar-akhbar Cina untuk mengecamnya dengan membuat tohmahan, kritikan dan sebagainya.



Ini samalah juga kedudukannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menjadi sasaran utama UMNO dan BN. Tetapi akhbar Cina tidak mengecam Nik Aziz sebagaimana mereka mengecam Dr. Mahathir kerana mereka sekata dalam usaha untuk membantu menggambarkan perpaduan Pakatan Rakyat kepada pembaca mereka.



Dr. Mahathir dan Nik Aziz berada pada usia tua, tetapi berawet muda dalam politik.



Bezanya politik Nik Aziz Nik Mat, berpusat di Kelantan dan di kalangan Melayu sahaja, tetapi Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri terbilang kepada semua kaum di peringkat nasional dan antarabangsa.



Pengaruh Nik Aziz tidak sehebat Dr. Mahathir, tetapi terbilang sebagai benteng kukuh pertahanan negeri Kelantan.sama-sama tegar dalam keyakinan kepada fahaman dan ideologi parti masing-masing.



Ucapan, tulisan dan berita mereka masih dibaca oleh rakyat, kerana mereka tahu, untuk mengeluarkan sesuatu yang mempunyai nilai berita, sama ada secara di perhetongkan atau secara spontan, kedua-dua mereka walau bagaimana marah sekalipun kepada wartawan, tetapi tidak memusuhi para wartawan.



Hal ini berbeza jauh dengan uncivilized politician Anwar Ibrahim yang senantiasa berkonfrantasi dengan wartawan, mengecam, menuduh , mengugut dan membohongi mereka di dalam sidang akhbar.



Oleh kerana telah mengetahui sikapnya, maka wartawan-wartawan menjadi semakin berani untuk mencabarnya dan sekarang dia pula takut menghadapi wartawan dan membataskan kehadiran hanya kepada wartawan-wartawan yang terpilih sahaja ke sidang akhbarnya.



Dr. Mahathir tidak takut untuk berkonfrantasi dengan mana-mana wartawan dan senantiasa bersedia menghadapinya sama ada wartawan tempatan atau wartawan dari luar negara.



Inilah perbezaan antara street actor, seniman jalanan atau penjual ubat dengan pemimpin politik sejati dan terhormat



Perlu disebutkan, Kerajaan Kelantan juga tidak memulaukan wartawan atau mencegah wartawan dari hadir ke majlis-majlisnya sebagaimana sikap di Selangor dan Pulau Pinang yang membenarkan hanya wartawan tertentu sahaja dan kerana itulah Nik Aziz tetap mempunyai hubungan yang baik dengan wartawan-wartawan akhbar arus perdana (akhbar UMNO atau BN) yang menampakkan beliau memahami dan menghormati tugas mereka.



Yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mereka, adalah kebijaksaan dan keterbukaan politik, melihat politik tidak mengekalkan musuh atau lawan . Hari ini Pas berkawan dengan PKR, tetapi selepas pilihan raya mungkin berkawan dengan UMNO.



Bagi Dr. Mahathir dan Nik Aziz, dalam berpolitik biarlah seperti menyeluk pekasam hingga sampai ke pangkal lengan, alang-alang berpolitik biar sampai ke mati. Politiklah yang menjadikan awet muda kepada kedua-dua tokoh dan jaguh tua ini.




No comments:

Post a Comment

Member BSK