Jumlah Pengunjung

Thursday, 24 January 2013

NAMA PULAU PINANG adalah Hak Milik LIM GUAN ENG !!!



PENGGUNAAN NAMA "PENANG" - TOKONG GUAN ENG MELAMPAU

Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mengulangi ketegasan berhubung penggunaan nama 'Penang' dan tindakan itu menerima kritikan keras.

Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng berkata, apa jua acara yang ingin menggunakan perkataan 'Penang' perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Dengan angkuh dan sombong Joseph Lim Guan Eng mengatakan, "Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama 'Penang' tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang. Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami. Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan,". 

Hal ini berikutan apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Sepatutnya Joseph Lim tak perlu bersikap angkuh dan sombong sebegitu rupa. Memang patut dan wajar apa jua acara atau sambutan di adakan di negeri itu berhak menggunakan nama 'Penang'. Kenapa perlu minta kebenaran??

Tiada alasan undang-undang bagi Lim untuk menghalang penggunaan perkataan itu atau tiada keperluan bagi penganjur mendapatkan kelulusan sekiranya acara diadakan di Penang.

Joseph Lim yang dilahirkan di Johor, tinggal di Melaka dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang tiada hak untuk menyekat penggunaan perkataan tersebut.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohd Idris berkata, kerajaan negeri tiada hak untuk menghalang penduduk di negeri ini untuk menggunakan nama 'Penang' dalam acara mereka melainkan sekiranya penganjur menggunakan logo kerajaan negeri.

Jika acara berkaitan dengan kerajaan negeri dan logo digunakan, maka barulah mereka perlu mendapat kelulusan.

Ia milik rakyat dan Lim tiada hak untuk menguasai negeri dengan memaksa penganjur mendapatkan kelulusan sebelum dibenarkan menggunakan perkataan 'Penang' dalam acara mereka.





No comments:

Post a Comment

Member BSK