Jumlah Pengunjung

Thursday, 25 July 2013

ANWAR BENGANG... TERIMA KASIH KUALA BESUT !!!



Para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini menerima ucapan ribuan terima kasih daripada Datuk Seri Najib Tun Razak atas kemenangan Barisan Nasional (BN).

Dalam status terkini Perdana Menteri di Facebook dan Twitternya, beliau turut berterima kasih kepada jentera parti BN dan semua pihak yang telah menyumbang untuk mempertahankan kerusi itu.

"Syabas atas kemenangan parti kita, Barisan Nasional dan Ku Zaihan (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) di Kuala Besut.

"Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana sekali lagi telah meletakkan kepercayaan di bahu Barisan Nasional untuk terus meneraju Kuala Besut," katanya.

Dalam Twitternya pula, beliau turut mengucapkan selamat bertugas untuk rakyat kepada Tengku Zaihan.
Tengku Zaihan yang meraih 8,288 undi, mengalahkan Endot@Azlan Yusof dari Pas dengan 2,592 undi majoriti. - BERNAMA





No comments:

Post a comment

Member BSK