Jumlah Pengunjung

Saturday, 6 July 2013

DAP TAK PUAS HATI BERITA INI !!! APA PENDIRIAN PAS ???




Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ketetapan itu telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009.

Menurut beliau, muzakarah tersebut turut memutuskan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

"Dari segi pandangan Islam, sekiranya salah seorang daripada pasangan suami atau isteri memeluk agama Islam, maka anak mereka yang di bawah umur hendaklah mengikut agama Islam," katanya kepadaUtusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Shukor mengulas pandangan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anaknya yang berusia di bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti terkandung dalam Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.
Merujuk kepada Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my), keputusan muzakarah itu dibuat berdasarkan pandangan jumhur ulama al-Hanafiyyah, al-Syafi'iyyah dan al-Hanabilah bahawa anak-anak mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu atau bapa.

Pandangan itu adalah bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Muzakarah berkenaan turut menyatakan, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan tidak perlu dipinda kerana persetujuan salah satu pihak sahaja memadai dalam menentukan agama kanak-kanak.





No comments:

Post a comment

Member BSK